Patutlah sejam habis terus mee mamu kat shah alam, rupanya ini rahsia yang ramai tak tahu
Hendak seribu daya, tak mahu, seribu satu alasan akan diberikan.
Tapi tidak kepada sepasang suami isteri ini yang mampu jual 200 bungkus mi goreng menggunakan resipi rahsia.
Jualan mereka pernah terjual 200 bungkus dengan hanya mengambil masa satu jam sahaja.
Apa yang hebatnya Mee Goreng Mamu Penang Style ni?
Dengan tiga pilihan rasa yang berbeza-beza Mee Goreng Biasa, Mee Goreng Ayam dan yang paling spesial hidangan mereka adalah Mee Goreng Sotong, memang kena cuba!
Rahsia Mee Mamu sampai terjual 200 bungkus sejam
Apa rahsia Mee Mamu sampai orang beratur hanya nak dapatkan sepinggan mee? Mungkin ramai yang tertanya-tanya kan sebab rasanya memang sangat sedap.
Sebenarnya, mereka menggunakan resipi dari arwah ibu mereka sendiri dari Georgetown. Resipi tersebut telah diwarisi turun temurun sejak tahun 1970 lagi. Selepas ibu, kini mereka pula mengambil alih business tersebut pada tahun 2019.
Mee Mamu ini juga turut disediakan dengan menggunakan Penang Style bagi setiap hidangan. Pasti ramai yang sudah tahu, makanan seperti ini dari Penang sangat mendapat sambutan rakyat Malaysia malah dari pelancong luar negara juga.
Namun perjalanan mereka juga tidak semudah yang disangka. Mana ada perniagaan yang tak dirempuh badai dan gelora kehidupan, seperti peniaga lain, mereka juga turut merasakan peritnya jatuh sebelum mampu berdiri seteguh saat ini.
Sebelum Mee Mamu, mereka telah melakukan bermacam-macam jenis perniagaan, biryani bukhari, kordial jus kismis, madu gingko dan macam-macam lagi. Malangnya, satu pun daripada perniagaan-perniagaan tersebut kurang mendapat sambutan tidak seperti Mee Mamu. Hingga terdetik rasa putus asa seketika dan ditambah pula dengan bebanan hutang serta keperluan susu anak-anak.
Detik permulaan mereka berdua memproduksi Mee Mamu adalah pada tahun 2019, berjualan di tapak bazar paling hujung.
“Pada mulanya sambutan memang agak tidak memberangsangkan, mungkin sebab khemah kami paling hujung,” kata mereka.
Namun, berkat sabar dan tidak berputus asa, 10 hari terakhir mereka berjaya mengaut keuntungan RM25k dan berhasil jual 150 hingga 200 bungkus hanya dalam masa satu jam.
Masa tu kami fikir Allah memang dah buka jalan
Mereka terus mengorak langkah dengan menghadiri kelas-kelas business dan gerai pertama perniagaan mereka adalah di bawah pokok depan Apartment Flora Paya Jaras. Ketika itu, mereka berjaya jual sebanyak 300 bungkus sehari. Semakin hari perniagaan semakin maju hingga berjaya lunaskan hutang RM200k.
Mereka juga pernah buka beberapa cawangan berbentuk restoran ‘ala-ala hipster’ sebelum ini, namun terpaksa keluar atas faktor-faktor tertentu dalam pada yang sama ketika itu negara sedang dilanda Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dilaksanakan.
Ujian demi ujian, sekali pun tidak mematahkan semangat sepasang suami isteri ini. Untuk pengetahuan, mereka kini telah bertapak di Medan Selera Seksyen 2, Shah Alam. Korang boleh datang setiap hari kecuali Jumaat dari 12 tengahari hingga 6.30 petang.
Korang kena datang dan cuba sendiri Mee Sotong mereka, memang padu. Kepada yang tak makan sotong atau alergi, jangan risau, mereka juga turut menyediakan Mee Ayam dan Mee Biasa.
Khabarnya, tidak lama lagi mereka akan tambah lagi 10 cawangan. Makin senanglah orang nak makan dan rasa Mee Mamu, Mee Goreng Penang Style. Jangan lupa singgah ye korang!
BACA: Netizen korek tweet lama Ubai, rupanya dulu Ubai panggil isteri sebagai ‘Kak Sha’