Assalamualaikum. Sedikit pengenalan, aku seorang suami, bekerjaya profesional dan baru berkahwin setahun lebih.Aku dan isteri rakan sekuliah, kami berkahwin suka sama suka setelah bertahun2 menyulam kasih.
Isteri aku adalah salah seorang penghidap vaginimus. Bagi yang tidak tahu, vaginismus ialah disfungsi (ketidakfungsian) sksual di mana
wanita mengalami ketakutan dan rasa cemas yang mengakibatkan kekejangan otot bahagian intiim secara spontan,
kesakitan yang tidak teratasi seterusnya menghalang hubungan intiim berlaku. Kekejangan otot yang berlaku adalah luar kawal.
Dalam laporan Harian Metro 15 Oktober baru2 ni, hamir 4 hingga 47 peratus wanita di dunia mengalami vaginismus.
Di malaysia sendiri sebenarnya bukan sedikit yang menderita tetapi hanya berdiam tanpa mendapatkan rawatan kerana malu. Ada yang menderita 4, 5 malah lebih 10 tahun, jauh lebih teruji berbanding aku & isteri.
Aku petik lagi di antara petikan dalam akhbar tersebut (maaf aku selitkan berita sebagai info) : Harian Metro, 15 Oct 2019 : Malu dengan keadaan diri menyebabkan ramai pesaakit vaginismus tidak mahu mendapatkan rawatan. Lebih menyedihkan, ada kalanya golongan ini tidak diberi perhatian sewajarnya oleh doktor sehingga rawatan secara menyeluruh tidak dapat dilakukan. Akibatnya ramai pesaakit menderita dalam diam.
Menurut Ketua Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Hspital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) UKM, Prof Dr Nur Azurah Abd Ghani vaginismus adalah kondisi apabila otot pelvik mengalami kekejangan (muscle spasm) ketika penetrasi berlaku ke dalam faraj. Ia bukan sahaja membabitkan penetrasi ketika hubungan kelamin, tetapi pemeriksaan ginekologi mengguna jari atau spekulum serta penggunaan tampon ketika haid.
“Vaginismus terbahagi kepada dua iaitu primer dan sekunder. Vaginismus primer dikatakan berlaku pada mereka yang tidak pernah mengadakan hubungan sksual manakala sekunder pula bagi yang pernah mengadakan hubungan sksual yang normal, tetapi disebabkan perkara tertentu seperti infeksi pada faraj, selepas kelahiran bayi yang traumatik serta pernah dinoda, mereka menjadi takut dan mengalami vaginismus,” katanya.
Vaginismus lazimnya didiagnos berdasarkan penceritaan pengalaman pesakiit itu sendiri.
“Pada tahap awal, wanita berasa takut untuk pemeriksaan ginekologi, tetapi apabila dipujuk dan ditenangkan pemeriksaan dapat dilakukan. Tahap serius apabila wanita mengelak dengan mengangkat punggung serta menutup paha ketika pemeriksaan vagina, manakala pada tahap akhir wanita menangis serta menjerit-jerit tidak mahu pemeriksaan dilakukan ke atas mereka.
“Apabila keadaan ini berlaku kami mendiagnos mereka sebagai vaginismus dan perlu mendapatkan rawatan sama ada fisioterapi, ubat-ubatan atau psikoterapi,” katanya.
Rawatan terhadap penghidap vaginismus terbahagi kepada dua iaitu rawatan fizikal dan rawatan psikologi:
Rawatan fizikal:
-Fisioterapi otot pelvik.
-Teknik pernafasan.
-Menggunakan ubat-ubatan tahan saakit, ubat penenang serta ubat membantu elak kekejangan otot.
-Sentuhan dan dilatasi.
Rawatan psikologi :
-Melakukan terapi kognitif tingkah laku (CBT).
-Memberi pendidikan sksual (anatomi).
-Mengajar teknik pernafasan dan bertenang bagi mengelakkan panik vagina.
-Bagaimana mengekalkan peneterasi tanpa ksakiitan.
Aku dan isteri sebenarnya baru beberapa bulan mencari info tentang ‘vaginismus’ melalui google, youtube, buku dan majalah.
Ok, sekarang cerita perihal aku dan isteri. Sebelum tu aku nak tegaskan, apa yang aku sampaikan ini adalah mewakili diri aku saja, bukan semua lelaki. Aku tiada niat nak tunjuk baik, sekadar untuk berkongsi info berkenaan masalah ni dan menjawab beberapa persoalan biasa, dari sudut pandang seorang suami.
Masa aku baca link Harian Metro tu di fb, aku baca sekali komen daripada kebanyakan lelaki, hampir semua bercakap solusi yang sama iaitu – poligami. Salah satu komen tu cakap izinkanlah suami kawin lain demi keadilan kepada suami.
Pandangan peribadi aku, ini bukan soal keadilan. Ini soal penykit atau biologi yang tidak normal. Yang perlukn rawatan ialah isteri, bukan suami. Kalau orang tanya aku, mahu ke aku berkahwin lain/poligami? Aku pilih TIDAK dan aku jujur. ‘Tidak’ bukan maksud aku menolak hukum, tapi tidak berkeperluan buat diri aku pada masa sekarang.
Andai aku berpoligami, adakah masalah akan selesai? Setakat untuk ada isteri lain bagi keperluan batin aku mungkin selesai lah, tapi masalah wife aku mungkin akan kekal di takuk sama. Walaupun aku lelaki normal, aku tak mahu letakkan nafsu sebagai perkara paling atas dalam perkahwinan, sebab perkahwinan itu sendiri sangat besar tanggungjawabnya. Kalau dibuatnya isteri kedua turut berpenykit tak mampu layan aku, aku nak buat apa? Kahwin kali ke3?
Itu belum campur hal2 urusan hidup yang perlu dihadap bila beristeri lebih. Giliran rumah sana rumah sini, kerenah bini sana kerenah bini sini, mertua sana mertua sini, kampung sana kampung sini.. Aku juga seorang suami yang jenis sama-sama buat kerja rumah dan pastikan rumah sentiasa kemas bersih, maka aku dah terbayang betapa penatnya menguruskan 2 buah rumah.
Belum masuk bab nafkah duit masing2, aku bukan kaya raya pun sekadar sederhana selesa. Maka dengan itu, ada seorang isteri, sebuah rumah, satu keluarga mertua selain keluarga sendiri sudah cukuplah memenuhkan kepala otak aku. Sebut poligami memanglah seronok. Aku pun lelaki. Tapi kau ingat poligami tu semudah ABC?
Tak dinafikan ada pasangan yang gagal mempertahankan perkahwinan disebabkan masalah ini, atau pun si suami memilih jalan berpoligami juga. Seperti aku kata tadi, aku hanya cerita kisah aku. Lain orang lain kisahnya, terpulang masing2 untuk memilih dan aku tidak berhak komen.
Aku pegang prinsip dalam perkahwinan iaitu cinta, ikhlas, tanggungjawab dan hormat. Cinta, untuk aku terus rasa bahagia dalam relationship. Ikhlas, untuk aku terima kekurangan dia seadanya. Tanggungjawab, untuk aku penuhi hak2 dia sebagai amanah buat aku. Hormat, supaya dia terus berada di tempatnya, tidak diambil ksempatan, dicuraangi atau disakiiiti.
Nak kata aku baik sangat tidaklah, romantik jauh sekali (tak pernah seumur hidup aku buat pick up line untuk wife). Aku manusia biasa yang ada kekurangan, sebab itu aku semat prinsip2 ni untuk kekalkan keharmonian marriage aku.
Bagaimana keperluan fitrah kami? Aku sebut ‘kami’ sebab seorang isteri walaupun menghidap vaginismus bukanlah bermakna tiada keinginan, cuma hubungan intiim tidak dapatlah berjaya sepenuhnya, tapi tidak juga bermakna tidak ditunaikan langsung. Rasanya kurang manis untuk aku ceritakan kepada umum tetapi aku mahu menjelaskan bahawa vaginismus bukan titik noktah yang membuatkan pasangan suami isteri menderita batin.
For a husband and a vaginismus wife, there are a lot of ways to enjoy, satisfy and pleasant each other without intercourse. Sebenarnya aku agak pelik bila terbaca komen2 di salah satu post bahawa sukar dan tidak logik untuk mereka percaya suami2 setia wujud, malah tak segan silu ‘menuduh’ pastinya suami sudah ‘makan luar’ atau suami tidak mampu. Kalian tertawa seolah2 penykit ini terlalu lucu atau mengarut. Commenters nya adalah para wanita sendiri. Apa kamu fikir spesis suami2 kamu sahaja wujud dalam dunia ni?
Adakah aku ok dengan life begini? Yes I’m fine with it. Aku bahagia melayari hidup dengan orang yang aku cintai sejak dulu, orang yang terima aku seadanya sejak zaman aku tiada apa2,orang yang pernah bersusah senang dan bersabar menunggu aku sekian lama untuk menghalalkan dirinya, orang yang sudah aku niatkan untuk habiskan masa bersama hingga hujung usia.
Dia yang aku kenal dan percaya akan sanggup menjaga aku sekiranya musibah menimpa aku, maka aku perlu berbuat perkara yang sama pada dirinya. Isteri sangat baik, dia tak nak aku menderita batin, dia izinkan aku kahwin lain tapi aku tak mampu cinta wanita lain selain dia.
Buat masa ini isteri aku sedang cuba fokus untuk pulihkan diri. Kami sudah jumpa doctor, tapi masih belum cukup membantu kerana doctor tersebut hanya minta isteri fokuskan ubah mindset tentang ksakiitan dan tiada mencadangkan plan rawatan yang lain. Doctor kedua pula juga kurang membantu, malah seakan memperlekehkan masalah isteri dan menyindir isteri tak tunaikan tanggungjawabnya.
Sejak itu isteri aku jadi agak ‘trauma’ nak dapatkan rawatan. Ada juga dia join 1 group fb ‘vaginismus awareness’, banyak info yang membantu. Ramai yang mencadangkan supaya isteri berlatih menggunakan sejenis radas, review katanya ramai juga yang sembuh selepas cuba berlatih.
Kami masih dalam peringkat survey2. Aku pun sedang cuba mencari info doktor atau klinik yang menawarkan rawatan secara khusus, kalau boleh yang dekat dengan kami.
Isteri pernah sarankan supaya dia ambil pil tidur saja biar dia dalam keadaan tak sedarkan diri, tapi aku tolak cadangan tu. Entahlah kenapa, aku rasa pelik dan tak sanggup pulak..tambah2 lagi isteri memang selalu rasa down dan malu disebabkan masalah ni, aku pulak tak sanggup tengok dia sakiit dalam masa yang sama aku tak mau lah dia terus stress.
Teringat confession sebelum ni yang beliau berjaya pregnant walaupun masih dalam keadaan vaginismus. Mungkin ada yang pelik, aku pun baru2 ni je cari info pasal ni. Rupanya term ini dinamakan ‘SPLASH PREGNANCY’. Nak mudahnya aku copy definition drp google :
‘The term splash pregnancy refers to a phenomenon where no actual penetration occurred but ejaculation at the vicinity of the exterior of the vagina propelled the sperm to the ovaries. In some c4ses, sufferers of vaginismus can still have vaginal delivery’
Isteri aku teruja benar masa dapat info ni dulu, maklum je lah dah tentu dia sedih bila diajukan soalan berkenaan anak daripada orang sekeliling.
Aku pun tumpang gembiralah, sebab at least nampak sedikit harapan buat pasangan seperti kami untuk dapatkan zuriat.
Bohong lah kalau aku tak nak anak, tapi aku tak mau bebankan fikiran dengan rasa stress. Rezeki masing2 tak sama, kalau tak sebab vaginismus pun ramai pasangan diduga lambat dapat zuriat. Bukankah Allah itu sebaik2 perancang?
Inilah perkongsian daripada aku. Kalau ada yang kecam ke, tak percaya ke, terpulanglah..Aku yakin Allah duga kami bersebab. Dan aku hanya nak sebarkan pengetahuan supaya lebih ramai alert dengan perkara ni.
Buat isteriku (abang tau sayang baca), abang mohon berhentilah bersedih dan rasa rendah diri.. Percayalah yang abang sangat mencintaimu & menerima kekuranganmu dengan lapang hati..
Sayang tidak kseorangan, ramai di luar sana sedang berjuang bersama sayang. Kita akan terus usaha & doa bersama, abang yakin sampai masanya sayang akan sembuh, insya’Allah..