Patutlah semalam IOI Putrajaya tutup satu hari, rupanya ini yang terjadi

Oleh NADIA HARON

“Pihak kami mengucapkan terima kasih atas kesabaran anda dan kami mengalu-alukan kedatangan anda kembali ke sini,” jelasnya.

IOI City Mall telah ditutup sepenuhnya semalam disebabkan masalah gangguan bekalan elektrik yang masih berlarutan di pusat beli-belah tersebut.

Dalam kenyataan terbaru yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan IOI City Mall, mereka menyatakan bahawa Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah mengenal pasti pelbagai kerosakan dan sedang berusaha membaikinya.

Patutlah semalam IOI Putrajaya tutup satu hari, rupanya ini yang terjadi

Walaupun begitu, TNB tidak dapat memberikan jaminan mengenai waktu pulihnya bekalan elektrik tersebut.

Oleh kerana itu, pusat beli-belah tersebut tidak akan beroperasi hari ini demi menjaga kebajikan penyewa dan pelanggan di sana.

Langkah ini juga memberikan lebih banyak masa kepada TNB untuk menyelesaikan masalah yang berlaku pada bekalan kuasa tersebut.

Sebelum ini, IOI City Mall telah memaklumkan masalah bekalan elektrik pada pukul 9.19 pagi.

“IOI City Mall sedang menghadapi gangguan bekalan elektrik dan sedang dalam proses dibaiki oleh TNB,” jelasnya.

Selain itu, pihak pengurusan pusat beli-belah tersebut turut memaklumkan bahawa premis itu akan ditutup buat sementara waktu.

Dalam kenyataan tersebut, masalah itu pada mulanya dijangka selesai antara pukul 1.00 tengah hari hingga 5.00 petang.

Oleh itu, pihak pengurusan IOI City Mall memohon maaf atas kesulitan yang berlaku. Mereka juga menasihatkan orang ramai untuk mendapatkan maklumat terkini melalui laman sosial media IOI City Mall.

BACA: “Tak sangka isteri ada keberanian balas dendam, rupanya ini yang mak aku buat sampai isteri aku hilang pertimbangan”