Patutlah semua kereta SUV ada cermin kecil ini pada cermin belakang, ini sebabnya

Oleh GEMILANGDAILY

Patutlah semua kereta SUV ada cermin kecil ini pada cermin belakang, ini sebabnya

Asyik memerhati kenderaan di jalan raya, anda terpandang sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV).

Ada satu ciri yang terdapat pada kenderaan tersebut, namun tidak pada kereta anda dan sesetengah SUV lain iaitu cermin pada cermin belakang.

Patutlah semua kereta SUV ada cermin kecil ini pada cermin belakang, ini sebabnya

Cermin yang sama juga dilihat wujud pada sesetengah kenderaan yang tinggi seperti van. Apakah fungsi cermin tersebut?

Memetik jawapan daripada laman Quora, cermin tersebut berfungsi untuk meluaskan pandangan pemandu di bahagian belakang kenderaan.

Kongsi Parth Patel, siswazah pengajian kejuruteraan automobil di Lalbhai Dalpatbhai College of Engineering di India, kebanyakan kenderaan SUV adalah tinggi.

Justeru, pemandu sukar melihat penghalang yang lebih rendah ketika mengundurkan kenderaan.

Penggunaan cermin tersebut adalah bagi membantu pemandu melihat sekiranya terdapat objek pada belakang kenderaan termasuk lubang atau kerosakan jalan semasa mengundur.

Namun, dengan adanya kamera undur, cermin tersebut semakin jarang dilihat pada masa kini.

BACA: Kes amang seksual, ibu mangsa dedah Pu Azman minta anak lumur minyak pada kemaluannya