‘Patutlah suami selalu tak nak bersama dengan saya, rupanya lauk mak mertua yang suami makan puncanya’

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Assalamualaikum, korang. Saya ingin bertanya, normal ke bagi lelaki kalau jarang bersama dengan isteri?

Saya bergelar isteri orang. Ketika saya mengandung, suami memang jarang bersama, kadang – kadang dia letakkan bantal di tengah.

Kerap juga saya bermimpi dia curang atau ada perempuan lain. Telefon dia pun ada kata laluan,

dia selalu memegang telefon, nak tidur, makan, bangun tidur pun dia tidak letakkan telefon. Ketika mengandung, perasaan kita selalu kacau, str3ss.

Dia pun tidak peIuk saya. Sampai saya melahirkan anak dan ketika anak berusia lima bulan, sekali saja dia bersama dengan saya

'Patutlah suami selalu tak nak bersama dengan saya, rupanya lauk mak mertua yang suami makan puncanya'

. Kemudian, setelah anak berusia satu tahun, hanya sekali lagi dia bersama dengan saya. Sebab itu, saya ingin bertanya, bolehkah lelaki bertahan jika tidak bersama dengan isteri?

Saya risau kalau – kalau dia ada perempuan lain di belakang saya. Dia selalu sibuk, kerja setiap hari tanpa cuti. Kadang – kadang saya nak masa untuk diri sendiri pun tiada masa. Tapi dia adalah suami yang baik. Malam kalau saya penat, dia ambil alih menjaga anak sampai anak tertidur.

Kadang – kadang dia suruh saya masuk tidur dulu biar dia yang jaga anak. Kalau saya tidak sempat mandikan anak, dia yang mandikan dan siapkan anak. Dia adalah suami yang sangat baik dan bertanggungjawab. Susu dan lampin anak belum habis, dia cepat – cepat beli yang baru.

Kos rawatan saya dan ubat – ubatan saya pun dia jaga. Baik sungguh layanan dia terhadap saya. Tetapi, mengenai bersama itu, sebulan sekali pun belum tentu. Korang tidak rasa pelik ke? Adakah suami saya ini penat bekerja seharian atau dia ada buat perkara – perkara pelik di belakang saya?

Saya fikir orang lain pun penat juga tetapi must4hil kalau mereka menolak untuk bersama. Saya kadang – kadang terfikir malu nak ajak dia berbincang mengenai perkara ini. Kadang – kadang sebelum dia balik kerja, saya sudah siap mandi dan pakai wangi – wangian, tetapi nampaknya dia biasa -biasa saja. Saya ingin dimanja, dibelai. Lama – kelamaan saya reda saja, pujuk hati sendiri, buat biasa – biasa saja jangan mengharap sangat. Tetapi saya ini manusia biasa.

Sambungan.. Assalamualaikum korang. Berkenaan cerita semalam, banyak perkara yang saya ingin luahkan, tetapi saya tidak tahu nak bercerita kepada siapa. Nak luah pada orang terdekat takut melarat pula jadinya, jadi saya pendam sahaja.

Kebetulan semalam anak ada di rumah mak, jadi ada masa untuk saya meluah. Saya sebenarnya bukan menantu pilihan. Anak dia yang ingin berkahwin dengan saya, tetapi ibunya tidak setuju sebab katanya tidak berbincang dengan orang terlebih dahulu.

Sedangkan, dia dan anak – anak perempuannya yang lain memang tidak boleh diajak berbincang. Saya rindu kehidupan saya yang dulu sebelum berkahwin. Suami saya ini anak bongsu. Mertua saya hanya inginkan anak dia saja.

Saya di hadapan dia dibuat seperti dinding, dia tidak kisah pun kalau saya tidak ada sekali dengan anak dia. Kalau boleh, dia ingin jauhkan anak dia dari saya. Bila saya berbual dengan suami, dari jauh ibu dia perhatikan saja.

Saya syak memang ibu dia tidak mahu anaknya berkahwin. Korang rasa bagaimana? Sebenarnya, saya terkena sih1r pemisah. Setiap bulan saya pergi berubat. Selepas sahaja balik berubat, malam itu suami minta untuk bersama, tetapi lepas 2 – 3 hari dia kembali seperti dulu, tidak bersama berbulan – bulan pun dia tidak kisah.

Setiap hari dia balik rumah mak dia, dan mak dia pula p4ksa dia ambil lauk yang dia masak. Kalau suami saya sibuk dan tidak sempat pergi ke rumah mak dia, nada suara mak dia terus berubah. Selagi suami saya tidak pergi, selagi itu la mak dia akan menelefon.

Saya buntu, kadang – kadang jeles tengok orang lain dapat mertua yang memberi layanan baik kepada menantu. Adik beradik sebeIah suami dari awal kahwin sampai sekarang, seorang pun tidak ada yang baik dengan saya.

Hubungan WhatsApp pun tiada dan dalam kumpulan keluarga mereka pun saya tidak ada. Saya tidak kisah, cuma jangan ganggu kehidupan saya dengan suami. Saya kenal suami saya dulu, dia tidak seperti ini. Lembut tutur katanya, baik.

Dari dulu sampai sekarang dia tidak pernah meninggikan suara, apatah lagi naik tangan. Apa yang saya mahukan semua dia tunaikan. Cuma mengenai bersama yang saya ceritakan semalam, dia kurang. Kadang – kadang saya solat menangis memohon Allah tunjukkan kebenaran.

Pernah saya minta cerai dengan suami sebab sudah tidak tahan. Tetapi dia tidak melayan, katanya saya mengarut. Saya teringin nak ajak dia pergi kaunseling, tetapi takut pula dia kata saya merepek. Tentang telefon yang dipegang 24 jam itu, sebenarnya suami saya ini ada perniagaan.

Dia ada kedai, dan saya tidak boleh ceritakan di sini kedai apa. Jam 9 atau 10 pagi dia sudah turun dari rumah. Tengah hari dia hantar nasi kepada saya memandangkan anak saya masih kecil, saya tidak sempat masak. Biasalah, budak – budak ada hari dia nak berdukung saja.

Suami saya balik jam 7 petang, lepas Isyak dia masuk kerja semula, sebab kedai sendiri, jadi bila – bila masa boleh keluar masuk. Malam, ketika dia bekerja, dia akan bawa saya dan anak ke tempat kerja dia. Tetapi kerja dia memang penat.

Kadang – kadang saya tengok dia pun penat, tiada masa cuti, tidak cukup rehat. Mungkin sebab itu ke dia tidak terfikir nak bersama dengan saya? Setiap malam giliran dia jaga anak, tukar lampin. Selagi saya tidak bangun dia tidak akan k3jutkan saya.

Saya tidak pernah meninggikan suara kepada dia, saya layan dia dengan baik, begitu juga layanannya kepada saya. Kalau dia masuk kerja malam jam 9 atau 10 malam, Subuh baru habis kerja. Bila dia letak kepala, terus terlelap.

Naluri saya tidak pernah rasa dia makan luar, cuma saya rasa dia ada berhubung melalui WhatsApp dengan kenalan perempuan, sebab dia ramai pelanggan perempuan berbanding lelaki. Dua orang kenalan dia pernah cakap kepada saya bahawa suami saya baik dan tidak melayan perempuan.

Entahlah… Hari itu dia berikan kata laluan telefon dia kepada saya, tetapi saya malas nak melayan sebab saya memang sejenis yang tidak suka menyelongkar,

walaupun dengan suami sendiri. Tetapi dia perlu pandai – pandailah menjaga diri kerana sudah tahu ada isteri kan?

Saya hanya berharap dia tidak melakukan perkara pelik di belakang saya. Tetapi sekarang dia nak anak kedua, tapi dia pula kurang rajin nak bercucuk tanam. Bagaimana nak dapat anak tu?

BACA: Bagai jatuh ditimpa tangga, lepas disoal siasat, SKMM sita telefon admin FB Haji Razman Zakaria