PDRM guna ‘King’ Myvi pula sebagai Kereta Peronda?

PDRM guna ‘King’ Myvi pula sebagai Kereta Peronda?

PDRM guna ‘King’ Myvi pula sebagai Kereta Peronda? Bayangkan polis guna Myvi sebagai kereta peronda? Rata-rata nitizen beberapa kali impikan perkara ini. Myvi ditukar kepada kereta polis.

Nampaknya permintaan orang ramai seperti ‘terjawab’, apabila beberapa buah Myvi dengan livery Polis pada bahagian badan kereta mula kelihatan oleh orang ramai pada minggu lalu.

Dalam satu video awal yang tular, ada seorang pengguna TikTok @zaki_ahmad03 merakam di sebalik pagar ‘Myvi Polis’ itu baru sahaja turun daripada lori treler kereta. Sewaktu video itu dizum lebih dekat, jelas kelihatan pelekat decal livery berwarna biru, kuning dan hijau. Turut kelihatan logo dan perkataan POLIS pada sisi pintu kereta.

Dalam video kedua yang dimuat naik oleh TikTok @infodashcam pula kelihatan tiga buah ‘Myvi Polis’ berada di atas lori treler kereta yang sedang berhenti tepi jalan.

Rata-rata netizen meluahkan perasaan teruja apabila melihat kereta-kereta tersebut. Nyata mereka selepas ini Polis dapat membanteras penjenayah lebih cepat dengan ‘kemampuan’ yang ada pada kereta hatchback itu.

PDRM guna 'King' Myvi pula sebagai Kereta Peronda?

Setakat artikel ini ditulis, tiada mana-mana pihak mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai ‘Myvi Polis’ yang kini mula menjadi bualan warganet.

Bagaimanapun ada netizen tidak menolak Myvi itu digunakan sebagai kenderaan ‘Polis Bantuan’ di kilang Perodua, memandangkan terdapat pelekat decal logo Perodua pada sisi pintu penumpang dan bonet belakang kereta.

@infodashcam #fyp #trendingnewsmalaysia #dashcammalaysia #beritatiktok ♬ original sound – Info Dashcam

BACA:

Skandal LCS : Mohamad Sabu jelas perkara sebenar, siap tunjuk bukti

TMJ dedah pendapatan Arif Aiman, “gaji RM11,000 sahaja tapi main bersungguh”

Buat seks oral dengan rakan sepasukan, pemain ragbi naik angin mengamuk

CATEGORIES