PDRM umum beri diskaun 50 peratus saman trafik, pergi claim sekarang

Oleh GEMILANGDAILY

PDRM umum beri diskaun 50 peratus saman trafik, pergi claim sekarang. Polis Kuala Lumpur menawarkan diskaun 50 peratus buat warga kota bagi saman trafik terpilih bermula 10 hingga 12 Januari.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata, diskaun berkenaan hanya diberikan kepada individu yang membuat pembayaran secara fizikal di Balai Trafik, Jalan Tun H S Lee pada tarikh yang ditetapkan sahaja.

“Bagaimanapun, diskaun tidak diberikan terhadap saman yang tidak boleh kompaun (NC), berstatus perbicaraan, berkaitan kenderaan berat, ubah suai ekzos, potong Q, kemalangan, memotong di garisan berkembar, memandu di lorong kecemasan dan langgar lampu merah.

PDRM umum beri diskaun 50 peratus saman trafik, pergi claim sekarang

“Pembayaran boleh dibuat secara tunai atau kad debit/kredit bagaimanapun pembayaran tunai digalakkan bagi mengelak masalah (terminal debit/kredit) semasa pembayaran,” menurut kenyataan itu pada Jumaat.

JSPT Kuala Lumpur memaklumkan, diskaun saman hanya diberikan ke atas saman yang dikeluarkan di seluruh negara oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sahaja dan tidak melibatkan saman dari agensi penguatkuasaan lain.

“Orang awam yang ingin melakukan pembayaran perlu membuat semakan saman terlebih dahulu kemudian pindaan saman dan seterusnya pembayaran saman.

“Saman dari seluruh Malaysia layak mendapat pengurangan berkenaan kecuali jenis-jenis saman yang telah disenaraikan,” katanya.

BACA JUGA :

Akhirnya Bung Mokhtar letak jawatan 

Suami Fateen Afeefa akui ‘Lovebite’ dari Fateen lazat

Pelajar tingkatan 4 ditahan kes dadah RM1.4 juta