Peguam Abang Bas sahkan sudah mula tindakan undang-undang, fail saman 2 selebriti

Oleh ISMAIL YAHYA

Peguam kepada ‘Abang Bas’, Datuk Ahmad Zaharil, mengesahkan pihaknya telah memfailkan saman

terhadap dua selebriti wanita yang didakwa menimbulkan syak wasangka serta kecaman terhadap lelaki tersebut.

Bagaimanapun, Zahiril menjelaskan bahawa saman tersebut difailkan oleh peguam lain di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada minggu lalu.

“Kami sudah failkan saman (terhadap dua selebriti), manakala untuk netizen, belum lagi.

Bukan saya yang failkan tetapi peguam lain iaitu anak didik saya. Saman itu terhadap dua selebriti wanita,” katanya.

Peguam Abang Bas sahkan sudah mula tindakan undang-undang, fail saman 2 selebriti

Untuk rekod, pemandu bas tersebut telah didakwa di Mahkamah Sesyen Muar atas dua pertuduhan, iaitu amang seksual fizikal dan amang seksual bukan fizikal di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Pertuduhan kedua pula dibuat mengikut Seksyen 15(a)(iii) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Namun, dia dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM40,000 sementara kes itu disebut semula.

Dalam perkembangan lain, Zahiril juga mengesahkan pihaknya telah memfailkan saman terhadap seorang lagi selebriti berhubung fitnah mengenai kes pusat tahfiz.

Jelas Zahiril, saman itu difailkan selepas selebriti berkenaan menuduhnya menyeleweng wang milik pusat tahfiz sebanyak RM8 juta.

“Ini peguam lain yang failkan sebab saya mahu jadi saksi. Tuduhan selebriti yang mengatakan saya makan duit RM8 juta itu tidak benar dan ia fitnah besar,” ujarnya.

BACA: Sejam sebelum nikah pengantin lelaki tak muncul, wanita pasrah terpaksa batal nikah