Peguam syarie kongsi kisah tanda-tanda curang boleh terbongkar tanpa sengaja

Oleh SHUHADA BUSTAMAN

Sebagai peguam syarie, pelbagai ragam dan kisah rumah tangga klien pasti ditemui, terutamanya yang melibatkan isu kecurangan.

Menerusi satu perkongsian di media sosial, seorang peguam syarie menceritakan beberapa kes

Melibatkan klien wanita yang memfailkan kes di mahkamah syariah

selepas kecurangan suami mereka terbongkar dengan cara yang tidak dijangka.

Petunjuk Tanpa Dicari

Peguam syarie kongsi kisah tanda-tanda curang boleh terbongkar tanpa sengaja

Menurut peguam tersebut, hampir kesemua kes memiliki persamaan di mana bukti kecurangan terbongkar secara tidak sengaja.

“Kebanyakan klien sebenarnya tidak pun memeriksa telefon suami mereka. Tetapi, bukti seperti tiba-tiba terbentang di depan mata,” tulisnya.

Beliau berkongsi contoh situasi, seperti anak yang sedang memegang telefon suami, kemudian menerima mesej WhatsApp mencurigakan, atau ketika memandu, telefon suami yang diletakkan di papan pemuka tiba-tiba menerima panggilan dengan nama kontak yang mencurigakan.

“Daripada situ, hati isteri mula terdetik sesuatu yang pelik, dan satu demi satu bukti mula kelihatan tanpa perlu dicari,” tambahnya.

Taktik Gagal Menutup Kecurangan

Beliau turut menceritakan kes seorang klien di mana si suami berusaha memadam segala mesej dan sejarah panggilan untuk menyembunyikan perbuatannya, namun tetap terbongkar.

“Suami padam semua mesej dan sejarah panggilan. Isteri periksa, memang tiada yang mencurigakan. Tapi hati dia tergerak nak buka Direct Message (DM) di Instagram, kononnya nak tengok emel. Dari situ, bukti muncul tanpa disangka,” katanya.

Menurut peguam itu lagi, apabila seseorang melakukan kesalahan, bukti akan tetap muncul kerana Allah menunjukkan kebenaran pada waktu yang tepat.

Perkongsian Pengalaman Warga Maya

Hantaran tersebut menarik perhatian ramai pengguna media sosial, yang turut berkongsi pengalaman mereka.

Seorang netizen menceritakan bagaimana kawannya menemui mesej mencurigakan ketika memegang telefon suaminya selepas bersalin.

“Dia cuma nak tengok gambar anak yang suami post di Instagram. Tiba-tiba mesej masuk, rupa-rupanya ada perbualan mesra dengan rakan sekerja perempuan tentang rancangan menonton wayang bersama.”

Ada juga yang berkongsi pengalaman suami mereka “kantoi” ketika telefon suami sedang dicas.

“Saya hanya nak cas telefon suami tengah malam. Skrin tidak dimatikan, tiba-tiba skandal mesej masuk. Memang Allah nak tunjuk,” katanya.

Seorang lagi mendedahkan bagaimana sebagai anak, dia yang tergerak hati memeriksa telefon bapanya dan menemui mesej mengajak wanita lain berkahwin.

“Esoknya, bapa saya terus ceraikan mak,” tulisnya.

Reaksi Warganet

Perkongsian ini mengundang pelbagai reaksi, kebanyakannya bersetuju bahawa kecurangan sukar disembunyikan, kerana kebenaran akan tetap terbongkar pada akhirnya, walaupun tidak dicari.

BACA: 2 bulan sebelum sesi baharu persekolahan, ini senarai ibu bapa patut ambil perhatian