Pejabat Mufti Wilayah tegur anak Muhyiddin, “haram guna nama Priest pada nama”. Orang Islam diharamkan sama sekali menggunakan gelaran ‘priest’ pada nama kerana ia suatu gelaran khusus yang sinonim dengan agama Kristian.
Itu penjelasan diberikan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) menerusi artikel terbaharu di laman sesawangnya hari ini.
PMWP berkata, pengharaman gelaran itu dibuat kerana ia meniru syiar agama lain, serta larangan daripada melakukan sesuatu yang boleh menimbulkan fitnah dan tohmahan terhadap diri sendiri dan agama Islam.
Menurutnya, gelaran priest merujuk kepada seorang paderi yang melaksanakan tugas-tugas keagamaan bagi gereja Kristian.
“Justeru, kami berpandangan bahawa seorang Muslim itu tidak boleh menggunakan gelaran priest pada nama mereka.
“Hal ini berdasarkan tegahan daripada Nabi SAW yang melarang umat Islam daripada menyerupai atau meniru orang kafir (tasyabbuh bil kuffar) dari sudut identiti, lambang atau syiar mereka,” katanya.
Katanya, Imam al-San‘ani menjelaskan ada hadis menunjukkan bahawa sesiapa menyerupai atau meniru orang yang fasiq dari sudut pakaian dan perilaku orang kafir atau pembuat bidaah maka dia adalah daripada kalangan mereka.
Manakala, jelas Imam Ibn Kathir pula, hadis itu menunjukkan larangan keras dan amaran bagi sesiapa yang menyerupai orang kafir pada ucapan, perbuatan, pakaian, perayaan, ibadah dan lain-lain perkara yang tidak disyariatkan.
Tambah PMWP lagi, umat Islam disuruh untuk menjauhi sebarang perkara yang boleh mendatangkan fitnah sama ada terhadap diri sendiri, dan lebih-lebih lagi terhadap nama baik agama.
Baru-baru ini, rakyat Malaysia didedahkan dengan penampilan seorang lelaki kelahiran Kuala Lumpur yang menggunakan gelaran Moslem Priest.
Lelaki dengan nama Farhan Yassin Mahiaddin itu amat dikenali dalam kalangan penggemar muzik tarian elektronik (grime), techno dan hip-hop di kelab disko.
Menerusi carian di enjin carian Google juga, lelaki itu tampil dengan memakai songkok dan berbaju hitam.
BACA JUGA :
Budak 5 tahun berjalan seorang diri buat orang ramai risau, ‘mana lah mak ayah dia’
Letupan bom di KL, pasangan dari Kedah rupanya suspek utama
Pemuda teruja tengok cara ambulans isi minyak, ‘ini kali pertama tengok’