Seorang pekerja kilang elektrik meninggal dunia selepas permintaan untuk cuti sakit tambahan ditolak dan dia dipaksa kembali bekerja oleh majikannya.
Gambar yang dimuat naik di laman Facebook menunjukkan perbualan antara mangsa
Dan rakan sekerjanya mengenai cuti yang ditolak, termasuk berita tentang kematiannya.
Menurut rakan mangsa, pekerja tersebut telah mengambil cuti sakit dari 5 hingga 9 September lalu selepas disahkan menghidap radang usus.
“Dia dirawat di hospital selama empat hari,” katanya.
Pada 12 September lalu, mangsa memohon cuti kepada majikannya untuk hari berikutnya kerana keadaan kesihatannya semakin merosot.
Namun, dia dipaksa untuk datang bekerja dan diminta menyerahkan dokumen bagi membuktikan penyakit yang dihidapinya.
“Dia datang bekerja pada 13 September seperti diminta dan selepas 20 minit bekerja, dia rebah,” tambahnya.
Mangsa dibawa ke hospital dan menjalani pembedahan kecemasan, tetapi disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.
BACA: Kesihatan merosot, bekas timbalan menteri meninggal dunia