Pelajar biadap dalam kelas buatkan Ustazah ini kecil hati ini puncanya

Oleh ZULAIKHA ABBAS

Kunci keberkatan dalam menuntut ilmu adalah dengan menghormati dan memuliakan guru. Namun,

satu situasi yang tidak diingini berlaku apabila seorang ustazah menghadapi perlakuan biadab daripada muridnya sendiri dalam sesi kelas dalam talian.

Ustazah tersebut mengakui rasa kecewa apabila seorang muridnya meninggalkan komen biadab semasa sesi kelas dalam talian.

Pelajar biadap dalam kelas buatkan Ustazah ini kecil hati ini puncanya

Dalam video yang tular, ustazah tersebut menyuarakan kekecewaannya dan mengancam untuk menamatkan kelas jika tingkahlaku tersebut tidak dihentikan.

Pelajar biadap dalam kelas buatkan Ustazah ini kecil hati

“Awak nak belajar ke tak nak? Sedihlah ustazah tengok awak punya komen ni. Serius ustazah cakap, sedih sangat. Kalau tak nak belajar, komen bukan-bukan, saya end saja (siaran) live. Serius saya betul-betul terasa hati dengan awak. Sangat terasa dengan komen awak. Selama ni sabar je,” ujar ustazah itu.

Video tersebut kemudiannya dikongsi oleh individu yang menyertai kelas secara maya, dan ia menjadi tular di TikTok dengan hampir setengah juta tontonan.

Netizen yang melihat video itu menyelar sikap biadab pelajar tersebut dan menyuarakan simpati terhadap golongan pendidik yang menghadapi cabaran seperti ini. Bimbangan terhadap sikap tidak menghormati institusi ilmu juga dinyatakan.

“Budak sekarang ni, ya Allah, pemikiran buruk betul. Baru darjah berapa dah tahu benda untuk orang berusia 18 tahun ke atas. Kecil-kecil otak dah rosak.

Budak zaman sekarang semakin hilang adab, mungkin disebabkan telefon pintar tapi digunakan dengan cara yang tidak pintar, selain kawan jadi pengaruh,” tulis seorang netizen.

Individu yang pernah menyertai kelas dengan ustazah itu turut menyokong dan berharap agar ustazah terus sabar menjalankan tugasnya.

Baca Juga ‘Jujurnya dia’, Lelaki ini jumpa beg berisi RM18000, satu sen pun dia tak ambil!