Pelajar IPT ada koleksi ribuan bahan pornografi kanak-kanak

Pelajar IPT ada koleksi ribuan bahan pornografi kanak kanak

Pelajar IPT ada koleksi ribuan bahan pornografi kanak-kanak. Polis menahan seorang penuntut antarabangsa kerana disyaki memiliki bahan pornografi kanak-kanak di Seremban, Negeri Sembilan, Isnin lepas.

Setiausaha Polis Noorsiah Mohd Saaduddin berkata penahanan lelaki berumur 24 tahun yang menuntut di sebuah pusat pengajian tinggi itu merupakan hasil kerjasama antara polis dengan Biro Siasatan Persekutuan Amerika Syarikat.

Beliau berkata pemeriksaan polis menemukan sejumlah besar bahan pornografi kanak-kanak dalam komputer riba dan telefon bimbit milik lelaki terbabit.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati lelaki terbabit menggunakan aplikasi media sosial untuk berkomunikasi dan memerangkap mangsa serta melakukan ugutan (sextortion) bagi mendapatkan bahan berunsur seksual daripada mangsa yang terdiri daripada kanak-kanak di luar negara.

“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban hari ini untuk dituduh di bawah Seksyen 5 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya dalam kenyataan.

Pelajar IPT ada koleksi ribuan bahan pornografi kanak kanak

BACA:

PRU15: Laporan dedah jemaah menteri gagal capai kata sepakat

Beli emas sekarang, ini masa yang paling baik

Kabinet putuskan PRU15 pada minggu ini – PM

CATEGORIES