Pelajar sekarang naik lemak, selamba tak buat kerja sekolah, cikgu terkenang zaman murid hormat guru

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

“Kamu tak siapkan kerja sekolah sebab kamu tahu cikgu tak boleh buat apa.”

Demikian luahan seorang guru sekolah rendah terhadap anak muridnya kerana gagal menyiapkan tugasan yang dipertanggungjawabkan.

Melalui satu hantaran tular di laman TikTok, guru wanita tersebut menyuarakan kebimbangannya terhadap sikap generasi zaman sekarang sekiranya mereka terus-menerus dimanjakan.

Menurut guru itu, tenaga pengajar pada zaman sekarang mempunyai batasan dalam mendidik anak murid kerana ibu bapa atau penjaga

mungkin akan ‘menyerang’ jika teguran dan denda dikenakan kepada anak mereka yang tidak berdisiplin.

Pelajar sekarang naik lemak, selamba tak buat kerja sekolah, cikgu terkenang zaman murid hormat guru

“Saya tahu kenapa awak tak siapkan kerja saya, sebab cikgu tak akan denda, pukul atau marah. Cikgu hanya mampu tegur.

“Bila perkara macam ni berlaku, bermaksud awak sudah tidak hormat dengan cikgu, dah hilang rasa segan dan takut.

“Waktu zaman saya jadi murid, cikgu sanggup bangun awal-awal pagi untuk siapkan kerja sekolah walaupun malam sebelum tu terlajak tidur. Sebab cikgu takut nanti pergi sekolah kalau kerja tak siap cikgu akan dihukum.

“Ketika itu perkara biasa untuk dipukul di tangan, dirotan di betis atau ditarik rambut sideburn. Zaman sekarang kalau cikgu buat macam tu memang habis kena, itu sebab kamu semua naik lemak,” ujar guru tersebut panjang lebar.

Dalam pada itu, guru berkenaan juga sempat mengucapkan terima kasih kepada anak murid yang telah menyiapkan kerja sekolah diberikannya dengan baik.

“Saya menghargai mereka yang menyiapkan saya punya kerja, terima kasih sebab masih hormat saya, terima kasih kerana masih rasa takut dan segan dengan saya sebagai guru kamu,” tambahnya.

Menjengah ke ruangan komen, warga maya menzahirkan rasa gundah sekiranya guru berkenaan akan dikenakan sebarang tindakan kerana lantang bersuara.

cikgu

“Inilah sebab saya berhenti jadi guru, tak tahan sabar, rasa nak mengamuk! Harapnya cikgu dalam video ni baik-baik saja, takut mak ayah budak ni terus datang sergah esok. Betul, situasi ni antara cabaran mengajar murid sekolah bandar.

“Kalau mengajar sekolah pedalaman semua tahu hormat dan ikut je apa kita cakap. Tiada langsung mengada-ngada, fikiran pun jadi lebih tenang, tak serabut.

“Saya yang nak nangis bila cikgu cakap macam ni kerana saya pun guru. Kalau ikutkan berjauh hati, ya tapi saya tetap jalankan tugas sebagai guru.

“Dulu sekolah rendah, menengah macam-macam denda ada. Takut gila tak siap kerja sekolah. Kena denda tu biasa. Nak bagitau parents pun takut.

“Dulu aku buat kerja Math tapi jawapan salah, cikgu terus baling buku dekat kipas. Lepas tu Math aku terus A saja. Aku suruh mak beli buku Math banyak-banyak,” demikian kata sebahagian warga maya

BACA: “Mak tak bagi abang sentuh jenazah kaklong, nak cium pun mama tak redha, rupanya ini abang buat”