Pelajar tingkatan 4 ditahan kes dadah RM1.4 juta

Pelajar tingkatan 4 ditahan kes dadah RM14 juta

Pelajar tingkatan 4 ditahan kes dadah RM1.4 juta. Seorang pelajar tingkatan empat antara empat lelaki ditahan polis bagi membantu siasatan kes penemuan ketamin seberat 25.5 kilogram bernilai lebih RM1.4 juta di Kampung Laloh, Kuala Krai, Jumaat lepas.

Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata rampasan dilakukan susulan pihaknya menerima laporan daripada penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan yang ternampak kereta jenis Perodua Myvi berhenti secara tergesa-gesa sejauh 200 meter dari sekatan jalan raya yang dilakukan di kampung itu.

“Pemandu dan penumpang kereta itu bertindak melarikan diri manakala pemeriksaan pada but kenderaan yang ditinggalkan itu menemukan 26 peket plastik lut sinar disyaki dadah yang diletakkan di dalam dua guni putih dan satu beg pakaian plastik beroda warna hitam ,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Pelajar tingkatan 4 ditahan kes dadah RM1.4 juta

Muhamad Zaki berkata susulan itu, pihaknya melakukan empat serbuan pada hari sama hingga semalam dan menahan keempat-empat lelaki itu yang berusia 16 hingga 30 tahun di Pasir Mas.

Beliau berkata mereka direman hingga 13 Jan ini bagi siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan pihaknya percaya kes itu mempunyai kaitan dengan sindiket pengedaran dadah antarabangsa kerana dadah terbabit diperoleh dari Thailand untuk pasaran Kuala Lumpur.

Dalam kes lain, Muhamad Zaki berkata pihaknya turut menahan dua pemandu lori berusia 28 tahun di Kampung Batu 6, Batu Melintang, Jeli, semalam kerana disyaki menyeludup daun ketum bernilai RM20,000.

“Taktik licik penyeludupan daun ketum menggunakan lori tangki simen bagi mengaburi mata pihak berkuasa berjaya dibongkar apabila pemeriksaan lanjut pada lori menjumpai 2,000 kilogram daun ketum yang dibawa masuk dari negeri utara untuk pasaran Kelantan,” katanya.

Beliau berkata kedua-dua lelaki itu yang mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan positif terhadap dadah jenis Benzo kini direman empat hari untuk siasatan mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.

BACA JUGA :

Pesawah hidup serba mewah rupanya pengedar dadah

Duda kena cekup bersekedudukan dengan isteri orang, ‘dah 7 bulan’

Anwar dedah sebab pilih Indonesia negara pertama dilawati sejak jadi PM

CATEGORIES