Pelakon Benjy dilapor meninggal dunia

Pelakon Benjy dilapor meninggal dunia

Pelakon Benjy Ibrahim yang juga anak kepada aktres Allahyarham Azean Irdawaty menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di Medan, Indonesia pada Ahad.

Berita pemergian Benjy itu dimaklumkan oleh ayah Benjy, Khairil Anwar Zainal Mukhtar Rashidi.

“Ben (panggilan buat Benjy) meninggal di hospital Medan Indonesia akibat Asma hari ini,” itu mesej kiriman Khairil Anwar kepada Astro AWANI menerusi WhatsApp sebentar tadi.

benjy

Menurut Karl, beliau dimaklumkan anak sulungnya itu meninggal dunia akibat penyakit asma.

Karl yang diuji dengan penyakit strok ketika dihubungi berkata, urusan pengebumian Benjy akan dilakukan di Medan.

“Ada kawan Ben telefon saya maklumkan Ben meninggal dunia pukul 11 pagi ini,” jelas Karl dalam nada sebak ketika dihubungi.

Pada 2017, Benjy dijatuhi hukuman penjara 11 tahun di Indonesia atas kesalahan cubaan menyeludup dadah jenis syabu.

Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan, buat masa ini sedang mendapatkan bantuan dari pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Medan, Indonesia untuk pengurusan jenazah.

“Kami sedang berhubung dengan wakil Malaysia di sana, perkembangan terbaharu akan diberitahu kelak,” kata Hafiz Hanafiah, Setiausaha SENIMAN di sini, hari ini.

Berita Penuh : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/benjy-meninggal-dunia-di-medan-307854

BACA JUGA : Panas !!! Zafrul bakal calon PN di Lembah Pantai?

CATEGORIES