Pelakon suara untuk ‘Doraemon’, Nobuyo Oyama pergi buat selamanya

Oleh ZULQARNAIN ISMAIL

Bagi mereka yang lahir di tahun 90-an, pastinya ingat akan satu siri anime Jepun, ‘Doraemon’ ditayangkan di kaca televisyen pada pukul 7 malam.

Episod pertamanya disiarkan di Jepun pada tahun 1979 hinggalah ia berakhir pada tahun 2005

Namun sampai sekarang anime tersebut dapat dilihat melalui YouTube.

Pelakon suara untuk watak Doraemon, Nobuyo Oyama dilaporkan meninggal di usia 90 tahun dan ia disahkan agensi lapor laman berita CNN.

Menurut agensi Actors 7, Oyama meninggal dunia pada 29 September kerana sakit tua dan mereka memohon maaf atas kelewatan dalam mengeluarkan kenyataannya.

Pelakon suara untuk ‘Doraemon’, Nobuyo Oyama pergi buat selamanya

“Kami ingin mengucapkan terima kasih yang tulus atas kebaikan yang anda berikan kepada si mati (Nobuyo) semasa hidupnya.”

Anime Doraemon menjadi popular di seluruh dunia, terutamanya di pasaran serantau seperti Hong Kong dan Vietnam.

Sebelum menyuarakan Doraemon, dia juga memainkan peranan dalam pertunjukan boneka NHK ‘Boo Foo Woo’ yang berlangsung dari 1960 hingga 1967, kata penyiar itu.

Tetapi rancangan animasi itulah yang melancarkannya kepada kemasyhuran di seluruh dunia.

Sehinggakan rancangan dikeluarkan pada tahun 1979 itu juga dikenali sebagai ‘edisi Oyama’ untuk membezakannya daripada adaptasi Doraemon yang lain.

Berita kematian Oyama mencetuskan gelombang penghormatan di media sosial, dengan peminat dari seluruh dunia mengucapkan takziah dan mengingatinya sebagai suara ikonik zaman kanak-kanak mereka.

Rata-rata peminat meluahkan kesedihan kerana Oyama telah meninggal dunia sejurus selepas kematian Noriko Ohara pada bulan Julai, pelakon suara untuk watak Nobita.

Baca juga: Jangan pening, jangan serabut, ikut je panduan ini bila geran tanah hilang atau rosak