Pelaku kebakaran misteri kereta di KL akhirnya dikenalpasti

Seorang lelaki gelandangan ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian kebakaran beberapa buah kenderaan di sekitar Daerah Sentul di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pada 28 Jun lalu, kira-kira pukul 11 malam pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian kebakaran melibatkan sebuah lori di Jalan Ambong 1, Kepong Baru.

“Kira-kira satu jam kemudian iaitu pada pukul 12.10 malam, satu lagi laporan kebakaran kenderaan diterima yang juga melibatkan sebuah lori di Jalan Mergastua, Kepong Baru.

“Kedua-dua kebakaran telah berjaya dipadamkan oleh anggota bomba dan masing-masing melibatkan kerugian sebanyak RM10,000 dan RM120,000,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di sini hari ini.

Menurut Eng Lai, kebakaran kedua mengakibatkan kerugian yang besar kerana di dalam lori tersebut terdapat beberapa perkakasan elektrik seperti mesin basuh dan peti sejuk yang akan dihantar kepada pelanggan keesokan harinya.

“Hasil risikan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah IPD Sentul telah berjaya menangkap seorang lelaki dianggarkan berusia 40-an kira-kira pukul 3 pagi semalam di Jalan Besar Kepong.

“Suspek merupakan seorang gelandangan serta tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri selain dipercayai mempunyai mempunyai masalah mental dan dia juga menepati ciri-ciri individu seperti yang dirakamkan oleh televisyen litar tertutup (CCTV) di lokasi,” jelas beliau.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/06/30/lelaki-gelandangan-aktif-bakar-kenderaan-ditahan/

Baca JUGA : Artis wanita didakwa ‘kantoi dadah’ buka mulut

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)