Pelanggan terkejut lauk nasi ayam kena ‘catu’, lauk cuma tiga keping hirisan isi ayam! harga dahlah RM14

Oleh ISMAIL YAHYA

Seorang wanita terperanjat apabila mendapati cuma tiga keping hirisan dada ayam dalam hidangan nasi ayam yang dibelinya.

Laman berita Stomp melaporkan bahawa wanita tersebut dikenali sebagai Shuhui,

Dia yang mengunjungi gerai Tong Fong Fatt Hainanese Boneless Chicken Rice pada 28 Januari yang lalu.

Pelanggan terkejut lauk nasi ayam kena ‘catu’, lauk cuma tiga keping hirisan isi ayam!

Dia memesan sebungkus nasi ayam dengan harga SGD$4 (sekitar RM14).

Pelanggan terkejut lauk nasi ayam kena ‘catu’, lauk cuma tiga keping hirisan isi ayam!

“Saya berada di gerai dan saya perasan bahawa pakcik di kaunter tidak memakai pelitup muka dan sering kali batuk ke arah makanan pelanggan.

“Sebelum sampai giliran saya untuk membuat pesanan, saya menyaksikan dia mengeluarkan kata-kata kasar kepada seorang warga emas lain.

“Saya memesan paha ayam dan membayar SGD$4. Tetapi apabila saya tiba di rumah, saya terkejut mendapati hanya diberi tiga keping hirisan dada ayam.

“Saya pulang semula ke gerai untuk berbincang dengan pakcik itu, tetapi dia mula menjerit dan mencabar saya untuk melaporkannya kepada polis,” terang Shuhui.

BACA: Ini sebab kenapa pengguna wajib ikut arahan penyimpanan produk makanan