Pelanggan terlalu kaya tak sengaja bayar nasi lemak RM2660 untuk makanan RM26.60

Oleh SHUHADA BUSTAMAN

Dalam satu hantaran viral di media sosial, kedai nasi lemak tersebut berkongsi tangkap layar CCTV yang menunjukkan

seorang pelanggan di kaunter dengan catatan yang mencuit hati, “Adakah ini anda?

Anda telah tersilap bayar QR kami sebanyak RM2,660 untuk bil RM26.60 anda.”

Kedai tersebut memohon agar pelanggan tersebut menghubungi mereka supaya baki wang tersebut dapat dipulangkan.

“Kami bukan Omakase,” tulis kedai itu dengan nada berseloroh, merujuk kepada pengalaman makan mewah yang sering dikaitkan dengan harga yang tinggi.

Pelanggan terlalu kaya tak sengaja bayar nasi lemak RM2660 untuk makanan RM26.60

Catatan ini mencetuskan pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-rata terhibur dengan kejadian tersebut.

Ada yang berseloroh bahawa pelanggan itu mungkin terlalu kaya atau terlalu lapar sehingga tidak sedar jumlah yang dibayar.

Ada juga yang memuji kedai tersebut kerana segera memaklumkan kesilapan ini dan berniat untuk memulangkan wang lebihan itu.

BACA:‘Bukan saja tangkap dan dakwa, saya nak bangkrapkan perasuah’- Azam Baki