Pelakon dan pengacara Didie Alias menyatakan rasa kurang setuju apabila aktres jelita, Anna Jobling diumumkan
sebagai salah seorang juri dalam sebuah program lawak yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Didie, atau nama sebenarnya Fadzilah Mohd Ali, 52, berpendapat bahawa terdapat ramai lagi
pelawak senior yang lebih berpengalaman untuk memegang peranan sebagai juri.
“Anna Jobling? Ramai lagi otai yang lain kot,” ujar Didie dalam satu komen yang ditinggalkan di sebuah hantaran video yang memaparkan pengumuman Anna sebagai juri program tersebut baru-baru ini.
Walau bagaimanapun, bintang drama Maaf Tak Indah ini mengakui bahawa pemilihan Anna mungkin berkait rapat dengan aspek pemasaran dan nilai komersial.
“Okay, mungkin untuk komersial ek,” tambahnya lagi.
Didie turut menambah tanda pagar pada komennya, sebagai reaksi terhadap isu tersebut.
Sementara itu, selepas diumumkan sebagai juri, Anna Jobling tampil memberikan kenyataan.
Sedar akan ketidakpuasan hati segelintir pihak, Anna menegaskan bahawa dia melihat tanggungjawab ini sebagai satu rezeki dan berjanji akan berusaha sebaik mungkin untuk mempelajari perkara baharu dalam perjalanan karier seninya.
BACA: Ingat budak Honda je buat hal, lain pula jadi pemilik BMW lari dari bayar RM38000 ‘make up’ kereta