Pelik selalu bunyi bising, CCTV akhirnya berjaya rakam makhluk misteri ini

Pelik selalu bunyi bising CCTV akhirnya berjaya rakam makhluk misteri ini

Pelik selalu bunyi bising, CCTV akhirnya berjaya rakam makhluk misteri ini. Seorang pemilik rumah memuat naik satu rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di aplikasi TikTok yang menunjukkan seekor makhluk misteri seolah-olah berlari di ruang tamu di Kampung Jawa, Klang.

Berdasarkan rakaman video yang dikongsi oleh @mr.rambo, dia memuat naik video CCTV tersebut sebagai bukti selepas jirannya merungut mengatakan anaknya membuat bising pada tengah malam.

“Berlari-lari pula dia di tengah malam ya, orang bawah bising cik adik oi,” tulisnya di kapsyen video.

Pelik selalu bunyi bising CCTV akhirnya berjaya rakam makhluk misteri ini

Video yang berdurasi 38 saat itu telah menerima sebanyak 218,600 tontonan dan menerima 5, 339 tanda suka serta 136 perkongsian.

Susulan perkongsian ini, netizen turut berkongsi pengalaman masing-masing yang pernah menghadapi situasi yang sama.

“Saya tinggal Pulau Pinang dulu macam ini juga. Pukul 12 malam, bunyi guli bertaburan tapi tingkat atas tiada orang. Jadi, faham-faham sendiri. Kakak tinggal dua tahun di situ, setiap malam dengar,” komen seorang netizen di ruangan komen.

“Benda biasa kalau tinggal rumah ‘flat’. Sudah lali. Kadang-kadang bercakap dengan dia. Kenapa kau kacau aku, orang nak tidur, kau tak reti tidur ke?” tulis seorang pengguna yang lain.

“Pernah kena macam ini. Jiran bawah bising cakap kita “renovate” (ubahsuai) rumah padahal kita balik kampung,” ujar netizen.

Dalam pada itu, netizen turut menasihati orang yang bakal berpindah ke rumah supaya melakukan doa selamat supaya tidak diganggu dari sebarang makhluk mistik.

BACA JUGA:

‘Order cat lain, sekali dapat warna lain, siap kena lencana Mugen’

‘Siapa sangka wanita jelita ni pegang jawatan Ketua Kampung di sini’

‘Siapa sangka wanita jelita ni pegang jawatan Ketua Kampung di sini’

CATEGORIES