Pemain gitar kumpulan Spin sudah bercerai, akhirnya bekas isteri dedah kisah sebenar

Oleh ISMAIL YAHYA

Selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga, anggota kumpulan Spin, Raymie, dan isterinya, Aryn Naza, mengambil keputusan untuk berpisah.

Perkara itu dimaklumkan oleh Aryn menerusi hantaran di aplikasi TikTok,

memaklumkan bahawa mereka sah bercerai di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Rabu lalu.

“Dengan rendah hati, saya ingin memberitahu bahawa hubungan saya bersama Mohd Remmy Bin Abd Razak atau dikenali sebagai Raymie Spin telah jatuh talak satu,

iaitu bain sugra, oleh pihak hakam mahkamah pada 18 Disember 2024,” katanya.

Pemain gitar kumpulan Spin sudah bercerai, akhirnya bekas isteri dedah kisah sebenar

Aryn turut berkongsi video di TikTok yang dipercayai dirakam selepas selesai urusan penceraian tersebut.

Elak Salah Faham dan Fitnah

Dalam penjelasannya, Aryn berkata keputusan untuk berkongsi berita ini kepada umum adalah bagi mengelakkan salah faham atau timbulnya fitnah.

“Pihak sana masih berangan mengatakan hubungan kami tiada masalah walaupun hampir setahun saya dan dia naik turun mahkamah. Sebab apa kami berpisah, rasanya tidak perlu saya umumkan lebih-lebih lagi. Sekadar yang tahu, cukuplah,” jelasnya.

Doa untuk Kehidupan yang Lebih Baik

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 5 Mei 2021 dan dikurniakan dua orang anak perempuan.

Meskipun berdepan kemelut yang berpanjangan, Aryn berharap dapat mengekalkan hubungan baik dengan bekas suaminya demi anak-anak.

“Cukuplah dengan apa yang terjadi. Selama empat tahun saya bersabar dan memberi peluang berulang kali.

Mohon doakan kami berbaik-baik demi kebaikan anak-anak dan meneruskan kehidupan masing-masing seperti biasa,” luahnya.

Aryn turut memohon maaf atas keputusan yang diambil dan berharap dapat melangkah ke fasa baharu dengan lebih tenang.

BACA: ‘Bukan sekadar mesej, video pun ada’ Lain pula jadi bila Abang Viva dedah perangai sebenar isteri