Pemandu mabuk rempuh kedai makan pula

Pemandu mabuk rempuh kedai makan pula

Seorang lelaki dipercayai mabuk merempuh sebuah kedai makan dan menyebabkan seorang pelanggan cedera di Taman Melawati di Ampang, malam tadi.

Dalam kejadian 8.30 malam itu, pemandu Perodua Myvi terbabit turut merempuh dua kereta menyebabkan kerosakan teruk.

Saksi kejadian, Nik Norizan Ali, 28, berkata dia dan suami, Muhamad Ezani [email protected], 42, sedang menguli tepung roti canai di kedai sebelum terkejut mendengar bunyi dentuman kuat di persimpangan hadapan kedainya.

Katanya, dia lihat Perodua Myvi dari arah hadapan melanggar Perodua Bezza dipandu seorang wanita yang datang dari arah kiri menyebabkan kereta wanita itu berpusing.

“Kereta itu kemudian terbabas dan melanggar pula sebuah kereta yang diparkir di hadapan kedai sebelum merempuh kedai kami.

“Pada masa sama, seorang pelanggan yang duduk menunggu sate terbaring dan berlumuran darah di kepala.

“Saya tidak pasti dia dilanggar kereta atau dihempap meja. Saya menghubungi ambulans untuk bantuan tapi lelaki itu bangun dan berlari ke arah Balai Polis Taman Melawati yang terletak berhampiran,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Berita penuh : https://www.hmetro.com.my/utama/2020/06/594056/lelaki-mabuk-rempuh-kedai-makan