Pembentangan Bajet serlah permainan Umno selama ini

Jika sapa masih ingat. Dalam pembentangan bajet belanjawan 2021 tahun lepas, Bagaimana seorang Penyangak UMNO dan juak ketua Pemudanya mengasak pentadbiran Mahiaddin berkenaan pengeluaran I Lestari, Citra dengan nilai 10K. Begitu juga Moratorium tanpa faedah. Belanjawan tahun ini, Penyangak itu diam seribu bahasa.

Siapa yang baca tulisan aku, Aku konsisten antara yang tidak bersetuju dana persaraan dan Simpanan rakyat terutama kelompok bawah digunakan. Bagi aku cara begini tidak tepat untuk merangsang pertumbuhan Ekonomi, Aku mencadangkan dengan Infografik dengan idea geran, Pinjaman mudah atau Sofloan ” Pakej Ekonomi Harapan” dengan suntikan Fiskal RM 15 Billion paling kurang. Aku dah kata, Kita boleh bantu rakyat tanpa sentuh simpanan hari tua mereka.

Pembentangan Bajet serlah permainan Umno selama ini

Ketika itu ramai yang kritik aku, termasuk penyokong PH. Tetapi tahukah, hari ini. Kerajaan berPM kan UMNO dgn penasihat seorang penyagak dalam belanjawan memperkenalkan program Semarak Niaga Keluarga Malaysia (SemarakNiaga) dengan peruntukan RM 40 Billion dengan Pinjaman Mudah kepada kelompok Mikro dan PKS.

hilang sudah idea pengeluaran KWSP dan Moratorium. Mereka tahu KWSP akan terima kesan kewangan yg besar jika idea tu diteruskan. Apapun aku merasakan Suntikan Fiskal lebih RM 40 Billion untuk pembiayaan ini sukar dicapai disebabkan kekangan kewangan dan Kedudukan Fiskal dan hasil Negara kita dalam keadaan Parah..Kita telah sia siakan waktu terbaik merangsang Ekonomi.

Tahun lepas, Mungkin boleh baca balik tulisan aku. aku juga mengkriitik ramai dari pemimpin PH yang terpedaya dengan permainan UMNO. Aku sudah ingatkan. Kita tak perlu jadi Populis. Tetapi berani tampilkan Kebijaksanaan sendiri dalam merangsang Ekonomi dan Membantu mereka yang hilang Pendapatan.

Lim Guan Eng sendiri tak habis habis bercerita soal Moratorium. Datang ke MOF semata mata nak bagi idea Moratorium tanpa faedah. Bagi aku Idea ini adalah Lapuk. tak realistik bank nak kecualikan Faedah melainkan Kerajaan menanggung Kos RM 6.5 Billion. bagi aku ianya Tidak bersasar dan hanya akan memberikan kelebihan kepada mereka yang berpendapatan berbanding Subsidi Sewa.

Begitu juga pemimpin Amanah dan PKR yang terikut ikut dengan Idea Pengeluaran KWSP sehingga kita tidak bangun menolak Belanjawan pada awalnya. Sebab apa ? terperangkap dengan Kelicikan Penyangak dalam UMNO ini.

Penyangak ini tidak ada tujuan lain cuma mahu menjatuhkan Kerajaan dan terselamat dari Penjara. Yg Asyraf Wajdi tu jangan kata lah..IQ tak cukup. Standard pemimpin PAS jer. Dia ikut saja. Tapi itulah UMNO. asal apa pun yang dia peroleh keuntungan Politik dan bersifat Populis. dia buat.

Sama lah macam Pendirian aku tentang Lockdown. Tutup Kilang. Aku dah peringatkan. Cara Full Lockdown itu tidak tepat. berapa ramai terperangkap dengan Penyangak UMNO tu ? Bila depa dapat kuasa. Jangan kata nak tutup Kilang. Habis semua Sektor Ekonomi, Kelab malam dan Kasino dibuka. mereka tahu pentingnya Ekonomi dibuka dan Dihidupkan.

Tu sebab aku kata. Nak lawan UMNO. Kita perlu bijak membaca tipudaya UMNO. PN tu Bodoh lantak pi lah. Tetapi pemimpin PH perlu persembahkan politik idea. Jangan berlumba jadi Populis. Berani untuk sampaikan Kebenaran. Akhirnya Kebenaran itu akan terzahir dengan sendiri cepat atau Lambat.

Sekarang Dasar Diskriminasi kepada kelompok yang tidak di Becksinasi. Lihat data dan Realiti ? Berani ker PH jadi berbeza dari Kerajaan sekarang ? Apakah jadi pak turut. Dah waktunya kita perlukan adalah Politik Idea. Keberanian untuk tampilkan kebijaksanaan baru dalam Politik dan Ekonomi.

Sumber :

BACA JUGA : Harga rokok melambung tinggi, RM77.60 satu kotak
‘Ustazah’ bercinta dengan beberapa suami orang hanya untuk buat kajian