Pemecatan mengejut Yoav Gallant: Bekas menteri pertahanan Israel letak lawatan, krisis politik semakin meruncing!

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Bekas Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant, yang dipecat pada November lalu selepas memimpin operasi tentera di Gaza, akhirnya mengumumkan keputusan untuk meletakkan jawatannya sebagai Ahli Parlimen.

Gallant, yang telah berkhidmat selama 35 tahun dalam Tentera Pertahanan Israel (IDF) dan lebih sedekad dalam kerajaan serta Knesset, berkata beliau akan menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Speaker Knesset.

Keputusan ini diambil selepas berlaku pergeseran antara beliau dan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu.

Menurut Gallant, pemecatannya berlaku akibat perbezaan pendapat yang mendalam antara mereka berdua, terutamanya dalam isu melibatkan pengecualian golongan Yahudi ultra-Ortodoks daripada berkhidmat dalam tentera.

Gallant berpendapat bahawa golongan Haredim (ultra-Ortodoks) harus diwajibkan untuk menyertai perkhidmatan tentera, berbeza dengan pendirian

Pemecatan mengejut Yoav Gallant: Bekas menteri pertahanan Israel letak lawatan, krisis politik semakin meruncing!

Netanyahu yang mahu meneruskan pengecualian mereka, demi menjaga kestabilan gabungan pemerintahannya yang bergantung pada sokongan parti-parti berasaskan agama.

“Masanya telah tiba untuk menilai semula arah tuju. Saya berjanji untuk terus berjuang bagi memastikan keselamatan negara dan membawa pulang anak-anak kita yang diculik,” ujar Gallant dalam kenyataan yang disiarkan di televisyen.

Beliau juga menegaskan bahawa keputusan beliau untuk menegakkan kepentingan keselamatan negara dan IDF menyebabkan pemecatannya sebagai Menteri Pertahanan.

Gallant turut menyatakan bahawa beliau mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas operasi ketenteraan yang telah dilaksanakannya sejak awal perang, lebih setahun selepas serangan berdarah oleh pejuang Hamas pada 7 Oktober 2023.

Di samping itu, pada November lalu, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap untuk Netanyahu, Gallant, dan ketua tentera Hamas, Mohammed Deif, yang dilaporkan telah dibunuh di Gaza oleh tentera Israel.

Keputusan Gallant untuk meletak jawatan ini memunculkan persoalan besar tentang masa depan politik Israel dan kesannya terhadap kestabilan gabungan pemerintah yang dipimpin Netanyahu.

BACA: Pemilik rumah pening terpaksa bayar bil TnB RM1.1 juta, kegiatan penyewa ini punca sebenar