Pemenang pertandingan PUBG dianjurkan Pusat Khidmat Pandan Indah diraikan

Pemenang pertandingan PUBG dianjurkan Pusat Khidmat Pandan Indah diraikan

Hari ini berlangsungnya majlis penyampaian hadiah oleh YB Ir Izham Hashim kepada para peserta pertandingan PUBG anjuran Pusat Khidmat Masyarakat Dun Pandan Indah.

Seramai 32 pasukan telah menyertai pertandingan ini dan 16 pasukan berjaya ke peringkat playoff.

Tahniah kepada pasukan VXM ESPORT MY yang telah memenangi edisi pertandingan kali ini. Kepada yang tidak berjaya jangan patah semangat dan semoga ada rezeki di masa yang lain

Untuk makluman, juara pertandingan PUBG ini mendapat hadiah tunai sebanyak RM1500, naib juara RM700, tempat ketiga RM450 dan saguhati RM100 seorang.

Terima kasih kepada semua yang menyertai dan menyokong pertandingan ini. Semoga kita bertemu di masa yang akan datang.

Sumber :