Pemilik akaun FB ugut bunuh Anwar, AMK Kedah buat laporan polis

Pemilik akaun FB ugut bunuh Anwar, AMK Kedah buat laporan polis

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Kedah telah membuat satu laporan polis di IPD Alor Setar pada jam 5:00 petang terhadap pemilik akaun facebook yg bernama Ekmal Rezali kerana telah menyatakan ugutan bunuh semasa Dato Seri Anwar Ibrahim mengadakan sesi live facebook pada 3/6/2020. Laporan ini dibuat kerana ugutan yang beliau lontarkan bukan satu perkara yang boleh dipandang ringan kerana ianya melibatkan ugutan bunuh.

Kami sebagai ahli Parti Keadilan Rakyat juga merasakan keselamatan diri Presiden Parti Keadilan Rakyat juga terancam jika perkara ini dibiarkan sahaja. Kami menolak budaya politik samseng dan kotor ini terus dimainkan di Malaysia jika tiada sebarang tindakan diambil. Walau apa pun perbezaan pendapat dan pendirian politik, seharusnya ugutan seperti ini tidak dimainkan. Kita perlu mengamalkan politik yang sihat dan matang supaya negara kita sentiasa berada dalam keadaan aman.

Kami berharap pihak berkuasa terutama pihak PDRM segera mengambil tindakan terhadap Saudara Ekmal Rezali agar menjadi satu pengajaran kepada semua.

Laporan dibuat bersama,

1)Mohd Syauqi Bin Md Sahimi
Ketua Penerangan AMK Negeri Kedah

2)Murugan A/L Murugiah
Timbalan Ketua Penerangan AMK Negeri Kedah

3)Mohd Syakir Bin Mohd Daud
Ketua Komunikasi AMK Negeri Kedah

Sumber:https://www.facebook.com/groups/412063112667921/permalink/736140993593463/