Sir Jim Ratcliffe dikatakan sedang mempertimbangkan Elon Musk dan Jeff Bezos sebagai pelabur bagi rancangan pembinaan stadium baharu Manchester United.
Ratcliffe, yang kini merupakan pemilik bersama kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu, telah menyatakan keinginan untuk membina sebuah stadium baharu yang digelar “Wembley di Utara” bagi pasukan tersebut.
Namun, terdapat pilihan lain untuk mengekalkan Old Trafford, yang memerlukan pengubahsuaian besar-besaran.
Stadium ikonik itu kini berdepan pelbagai isu seperti atap bocor dan serangan tikus.
Dilaporkan kos pembinaan stadium baharu atau pengubahsuaian Old Trafford boleh mencecah RM11 bilion, dua kali ganda lebih mahal daripada kos stadium baharu Tottenham Hotspur.
Menurut laporan The Athletic, Ratcliffe bercadang untuk berbincang dengan taikun terkenal seperti Musk dan Bezos, yang memiliki nilai kekayaan gabungan sebanyak RM3.2 trilion, untuk menjadi pelabur utama dalam projek tersebut.
Walau bagaimanapun, sejauh mana Musk dan Bezos benar-benar akan dilibatkan sebagai pelabur masih belum jelas.
Selain itu, kaedah lain untuk mendapatkan dana termasuk menaikkan harga tiket perlawanan dan menjual hak penamaan stadium baharu itu.
Ratcliffe dan syarikatnya, Ineos, turut menerima kritikan sejak mengambil alih operasi bola sepak di Old Trafford. Antara keputusan kontroversi yang dibuat ialah:
Memecat 250 kakitangan,
Menghentikan bayaran RM11 juta setahun kepada Sir Alex Ferguson sebagai duta,
Membatalkan parti Krismas, kad kredit syarikat, dan kemudahan pemandu peribadi,
Menghentikan makan tengah hari untuk kakitangan, kemudahan tiket tambahan, serta parti selepas perlawanan.
Keputusan-keputusan ini telah menimbulkan pelbagai reaksi, terutama dalam kalangan penyokong dan kakitangan kelab.
BACA: “Malunya, ni pun tak dapat jawab,” ramai tak boleh jawab 4 mazhab dalam islam