Pemilik rumah ini terjumpa telaga bawah lantai rumah, rupanya lubang sezaman dengan Hang Tuah

Oleh SHUHADA BUSTAMAN

Seorang lelaki  telah menghabiskan masa selama 10 tahun lamanya untuk menggali telaga ‘Zaman Pertengahan’ yang ditemui di bawah lantai rumahnya.

Colin Steer, 70, berbuat demikian setelah menyedari sebahagian kawasan yang berlekuk

Dan tidak rata di lantai rumahnya sewaktu kerja-kerja renovasi 10 tahun lalu.

Pemilik rumah ini terjumpa telaga bawah lantai rumah, rupanya lubang sezaman dengan Hang Tuah

Pada awalnya, dia menyangka ada berlaku pengebumian mayat di bawah tanah tersebut sebelum ini, namun sangkaan itu gagal kerana sebarang kesan korekan tidak dijumpai.

Setelah diselidiki, rupa-rupanya di sebalik lantai yang tidak rata itu, ada lubang seakan telaga yang pernah digali. Ianya menarik minat Colin untuk ingin lebih tahu apa yang ada di dalamnya.

Colin akhirnya mula menggali telaga itu hari demi hari. Apa yang mengejutkan, terdapat beberapa barangan lama berusia ratusan tahun yang ditemuinya, antaranya kepingan duit syiling tahun 1725.

“Saya turut menemui sebilah pedang purba dan sarungnya (diperbuat daripada kulit) ketika paras kedalaman lima kaki ke bawah dan saya percaya, telaga ini telah wujud sejak Zaman Pertengahan (Medieval).

“Bagaimanapun saya tidak pasti berapa usia sebenar telaga ini kerana tidak ada kaedah untuk mengira tempoh waktu yang tepat,” katanya, memetik laporan Metro.

Dalam pada itu, terdapat juga sumber air bawah tanah yang bertakung di dasar telaga berkenaan setinggi empat kaki parasnya. Malah keadaan dindingnya juga agak berlumut dan lembab.

Difahamkan, rumah tersebut telah dibina sejak 1895 dan didiami penghuni terdahulu sebelum Colin berpindah ke situ pada 1988 berikutnya.

Selain itu, Colin juga mendakwa pernah mengkaji pelan kawasan rumah tersebut dan hasil carian mendapati, telaga itu dipercayai telah dibina sekitar tahun 1500.

BACA: Makan udang biasa kena bayar sampai RM3,500! Pelanggan terkedu bila tahu berat udang