Pemilik rumah pening terpaksa bayar bil TnB RM1.1 juta, kegiatan penyewa ini punca sebenar

Oleh SHUHADA BUSTAMAN

Walaupun dunia kripto kini semakin senyap, masih ada segelintir individu yang terus terlibat dalam perlombongan mata wang digital dengan harapan dapat meraih keuntungan besar apabila pasaran kembali melonjak.

Menurut laporan Amanz, seorang pemilik premis di Ipoh terpaksa berdepan dengan bil utiliti mencecah RM1.1 juta

selepas mendapati penyewanya menjalankan operasi perlombongan kripto secara haram di premisnya.

Kejadian ini tular setelah pemilik premis berkongsi pengalaman tersebut di Facebook pada hari Ahad, di mana

Beliau melampirkan notis tuntutan daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang meminta jumlah tersebut dijelaskan dalam tempoh 14 hari untuk mengelak tindakan undang-undang.

Pemilik rumah pening terpaksa bayar bil TnB RM1.1 juta, kegiatan penyewa ini punca sebenar

Pemilik premis tersebut berjaya menemui aktiviti perlombongan kripto yang dijalankan di premis komersialnya dan segera melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa.

Namun, beliau amat terkejut apabila mendapati bahawa beliau yang perlu menanggung bil besar akibat perbuatan haram penyewa tersebut.

Lebih mengejutkan, jumlah bil yang tertunggak itu terkumpul dalam masa kurang dari dua bulan sahaja. Di Malaysia, pemilik premis berisiko untuk menanggung liabiliti pembayaran bil utiliti jika penyewa gagal melunaskan bayaran,

kecuali jika terdapat perjanjian yang menyatakan bahawa bil-bil tersebut adalah tanggungjawab penyewa sebelum ini.

Kejadian ini menjadi peringatan kepada pemilik premis supaya lebih berhati-hati dalam memantau penyewa mereka, kerana akibat daripada tindakan yang tidak sah ini boleh menyebabkan kerugian yang amat besar.

BACA: Panas!! Timbalan Menteri Agama sekolahkan Presiden Pas