Pemilik Tesla terkejut kena bayar RM118K ganti bateri baru. Seorang pemilik kenderaan Tesla di Canada mendakwa keretanya yang bernilai 140,000 USD telah terkunci dari dalam selepas kenderaan tersebut kehabisan bateri.
Pihak Tesla kemudian memberitahunya untuk membuat penukaran bateri yang menelan kos sebanyak 26, 000 USD.
Pemilik yang bernama Mario Zelaya telah memuat naik sebuah video di TikTok berkata, ‘kepingan sampah’ (Tesla model S) itu tidak dapat dihidupkan dan terkunci menyebabkan dia tidak dapat memasuki kenderaan tersebut.
Kapsyen yang ditulis pada video tersebut “ 26K untuk bateri baharu. Terkunci dari luar. ‘Recall’ diperlukan”.
Dia yang membeli kenderaan tersebut pada 2013 berkata model keluaran pada tahun itu dan 2014 mempunyai isu dengan cecair dari sistem penghawa dingin yang bocor dan masuk ke bahagian bateri.
Malah dia juga sudah menghubungi pemilik Tesla yang lain dan mereka juga mengalami masalahnya sama.
“Tesla cuba menyembunyikan sesuatu dan mereka tidak memberikan apa-apa penjelasan mengapa bateri tersebut mati” katanya.
Selain itu, Mario Zelaya juga mendakwa semasa pemilik Tesla menghantar kenderaan mereka untuk proses penyelenggaraan, bahagian bahagian bateri tidak diperiksa. Katanya pusat perkhidmatan tidak mempunyai insentif untuk berbuat demikian.
Zaleya yang mahu menjual Tesla miliknya itu yang telah habis tempoh jaminan selama setahun tidak dapat berbuat demikian kerana dokumen pemilik kenderaan terkunci bersama dalam kereta tersebut. Malah dia dikenakan caj 30 USD untuk memperbaharui dokumen tersebut.
Seminggu kemudian, sebuah video dimuat naik olehnya sekali lagi dengan menyatakan dia sudah menjual kereta tersebut kepada seseorang.
Baru-baru ini, beberapa pemilik Tesla sudah menyuarakan hal ini. Bahkan sekumpulan pemilik Tesla dari Norway juga bertindak untuk mogok lapar pada bulan Ogos dalam usaha mendapatkan penjelasan daripada CEO Elon Musk berkenaan masalah yang dihadapi oleh kenderaan mereka ini.
@supermariozelaya My opinion: Tesla shut down my car over the air because my videos after refusing to pay for a new battery. #tesla #car ♬ original sound – Mario Zelaya
BACA:
Kumpulan UBI dinobat juara Muzikal Lawak Superstar 3
Miliki wajah terlalu cantik, aktres ini kena tahan di imigresen airport