Pemilik Tesla utara tarik nafas lega, Tesla umum buka pusat servis kedua di Pulau Pinang

Oleh ISMAIL YAHYA

Kini, pemilik Tesla yang tinggal di Pulau Pinang atau yang datang dari jauh ke negeri tersebut

tidak perlu risau lagi kerana pusat servis baharu telah dibuka di ‘Pulau Mutiara’ itu.

“Pusat servis di Pulau Pinang adalah pelaburan kami supaya pelanggan tidak perlu bimbang sekiranya mereka perlu memeriksa

atau membaiki kereta mereka,” kata Isabel Fan pada acara Tesla’s Updates in Penang di pusat beli-belah Gurney Plaza semalam.

Pusat servis ini terletak di Taman Perindustrian Seberang Jaya di Perai. Ia menawarkan sokongan perkhidmatan 24 jam yang dilengkapi dengan bengkel badan kereta serta cat yang canggih.

Pemilik Tesla utara tarik nafas lega, Tesla umum buka pusat servis kedua di Pulau Pinang

Selain itu, mulai Khamis (12 September) dan seterusnya, pemilik Tesla baharu kini boleh menerima penyerahan kereta mereka di Pulau Pinang tanpa perlu ke Kuala Lumpur.

Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, turut hadir untuk melancarkan Stesen Pengecas V4 pertama Tesla di Pulau Pinang, yang terletak di aras letak kereta bawah tanah pusat beli-belah tersebut.

Setakat ini, rangkaian pengecasan Tesla di Malaysia telah berkembang kepada 12 Stesen Pengecas Super dengan jumlah 56 pengecas, serta 13 stesen Pengecas Destinasi dengan 69 pengecas.

BACA: ‘Bismilllah..Doa yang baik baik okay. Amin yra’ Hantaran terbaru isteri Hafiz Suip undang reaksi netizen