Pemimpin Umno pertikai Muhyiddin tentang calon speaker dewan rakyat

Pemimpin Umno pertikai Muhyiddin tentang calon speaker dewan rakyat

Pemimpin Umno hari ini mempertikai cadangan Muhyiddin untuk melantik Azhar Harun sebagai speaker dewan rakyat.

Isham Jalil menerusi posting facebook beliau menyebut perlantikan itu sebagai sesuatu cadangan yang janggal kerana Azhar Harun adalah lantikan Dr Mahathir dan PH dahulu dan sememangnya penyokong tegar PH.

Beliau turut menyebut satu sebab yang berkemungkinan besar adalah kerana pihak YAB Tan Sri Muhyiddin dan kerajaan ingin mendapatkan sebahagian undian daripada ahli-ahli Parlimen dari blok pembangkang (PH) apabila undian dibuat di Parlimen untuk melantik Speaker dan Timbalan Speaker apabila Parlimen bersidang pada bulan depan.

Namun beliau turut mempertikai cadangan itu yang dilihat seperti tidak mempercayai ahli parlimen kerajaan yang lain. Tambah beliau “Adakah YAB Perdana Menteri tidak yakin yang kerajaannya akan mendapat cukup undi di Parlimen sehingga perlu melantik Speaker yang berkecondongan pembangkang (PH)?”

Tulisan penuh beliau adalah seperti berikut :

Saya baru mendapat maklum bahawa YAB Tan Sri telah mencadangkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Azhar Harun sebagai Speaker Dewan Rakyat yang baru.

Jika ini benar, ia adalah sesuatu cadangan yang janggal kerana Azhar Harun adalah lantikan Dr Mahathir dan PH dahulu dan sememangnya penyokong tegar PH.

Satu sebab yang berkemungkinan besar adalah kerana pihak YAB Tan Sri dan kerajaan ingin mendapatkan sebahagian undian daripada ahli-ahli Parlimen dari blok pembangkang (PH) apabila undian dibuat di Parlimen untuk melantik Speaker dan Timbalan Speaker apabila Parlimen bersidang pada bulan depan.

Ini untuk memastikan supaya kerajaan memenangi undian di Parlimen tersebut.

Dengan segala hormat, tanpa prejudis dan dengan hati yang terbuka dan ikhlas saya ingin bertanya: Adakah YAB Perdana Menteri tidak yakin yang kerajaannya akan mendapat cukup undi di Parlimen sehingga perlu melantik Speaker yang berkecondongan pembangkang (PH)?

Mohon YAB Tan Sri memberi pencerahan dengan ikhlas dan hati yang terbuka juga.

Salam hormat,
ISHAM JALIL
30 Jun 2020

Sumber: