Peminat tersenyum tengok Shuib dan Nana bersama, “doakan..”

Peminat tersenyum tengok Shuib dan Nana bersama, “doakan..”Meninjau akaun Instagram Shuib Sepahtu, telah dikongsikan video yang memaparkan nyanyian Shuib bersama penyanyi wanita bersuara lunak, Siti Nordiana. Mereka membawakan lagu dendangan asal Broery Marantika dan Dewi Yull berjudul Jangan Ada Dust4 Di Antara Kita.

Mendengar suara Shuib, ramai yang tahu Shuib sememangnya seorang yang berbakat dan memiliki suara yang merdu. Sebelum ini juga, Shuib ada keluar dengan lagu single duet bersama arw4h Siti Sarah Raissuddin.

Malah Siti Nordiana sendiri memuji suara Shuib dan tidak menyangka Shuib mampu menyanyi sebaik ini. Mendengar paduan suara Shuib dan Siti Nordiana, ramai peminat yang mengatakan mereka pasangan duet yang bagus walaupun baru pertama kali digandingkan.

Gemersik sahaja suara Shuib dan video ini sehingga kini telah pun ditonton oleh lebih 139 ribu tontonan setakat ini. Di sebalik pujian peminat, ada juga yang mengusik Shuib dan Siti Nordiana kerana suka melihat keserasian mereka bila bersama di pentas.

Jom tonton video di bawah :

Sehingga kini, hampir 16 ribu likes telahpun direkodkan dan rata-rata peminat menyukai gandingan Shuib dan Siti Nordiana ini. Antara komen-komen peminat :

” Sukanya, kombinasi yang best dan menjadi. Sesuai pulak duet ni. Power suara Shuib dan Nana. Memang blend betul.. “

” Kenapa leh tersenyum sendiri ntah… Shuib dan Nana.. Macam sepadan sangat hehe. sejak semalam dah fall in love dengan lagu ni asyik ulang dengar je… duet yg best. “

” Kan.. tak sangka shuib nyanyi boleh blend ngan nana.. sedap… skali… buat satu lagu duet ngan nana… shuib.. “

Peminat tersenyum tengok Shuib dan Nana bersama, "doakan.."

” Serasi sangat duet SHuib dan nana ni. rasanya dh jumpa org yg bleh nyanyi lagu duet sarah untuk semifinal muzik muzik kalau dapat nanti.. “

” Antara duet Nana yg best sangat… Serasi nya Shuib dan Nana berduet… tengok ulang-ulang kali sbb tak puas tngk sekali.. “

” Macam sepadan je nana dengan shuib. Best sgt duet korg. Tak leh move on dgr. Tp lirik lagu tu mcm sesuai utk korg.. “

” Pergh padu suara shuib. kebabom melet0p, seakan2 broery marantika. Repeat banyak kali, serius sedap suara dua-dua.. “

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Ramai yang tidak puas mendengar suara Shuib dan Siti Nordiana, memang best dan terbaik. Mana tahu pada masa akan datang bakal ada lagu duet mereka bersama. Apa-apa pun, semoga Shuib dan Siti Nordiana success selalu dalam kerjaya masing-masing.

BACA:

Aircond rosak, penumpang MAS kepanasan macam dalam ‘oven’, “nak buka tingkap arwah pulak nanti..”

Anak Amyra Rosly tunjuk jari tengah, ini respon Amar Baharin

Mimi dilamun cinta dengan lelaki kulit hitam dari Afrika