Pempengaruh tiktok, Imran Bard susukan anak babi undang reaksi netizen

Oleh ZULQARNAIN ISMAIL

Pempengaruh media sosial, Imran Bard atau nama sebenar Muhammad Al Imran Badaruddin, baru-baru ini menjadi tumpuan ramai

selepas sebuah video yang dimuat naik di Instagramnya mencetuskan kecaman besar di kalangan netizen.

Dalam video tersebut, Imran dilihat sedang berada di salah sebuah ladang babi di Thailand, di mana dia memberi susu kepada beberapa ekor anak babi.

Tindakan Imran yang menyusukan haiwan berkenaan mengundang pelbagai reaksi daripada warganet.

Ramai yang mempertikaikan perbuatannya dan menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap tindakan tersebut.

Pempengaruh tiktok, Imran Bard susukan anak babi undang reaksi netizen

Ada yang menyifatkan perbuatan itu sebagai tidak wajar dan dianggap sebagai satu bentuk provokasi yang boleh menimbulkan fitnah.

“Kenapa pilih babi? Banyak lagi haiwan lain. Walaupun tak pegang, tindakan ini masih tak patut dikongsi,” kata beberapa netizen yang mengkritik perbuatan tersebut. “Buat apa susukan babi? Walaupun niatnya mungkin baik, tapi kenapa perlu video macam ni?” tambah mereka lagi.

Tindakannya itu turut mendapat kecaman daripada mereka yang merasakan ia boleh menimbulkan salah faham dalam masyarakat. “Tak perlu susukan babi tu, selagi boleh elak, kenapa nak tunjukkan kepada orang ramai?” ujar seorang pengguna media sosial.

Imran Jelaskan Tindakannya, Sifatkan Sebagai Pengalaman Berharga

Menghadapi kecaman tersebut, Imran tampil memberi penjelasan

. Menurutnya, memberi susu kepada anak babi tersebut adalah satu pengalaman baru baginya dan kali pertama dia melakukannya. Imran juga menegaskan bahawa tindakan itu tidaklah salah selagi tidak ada kontak langsung dengan haiwan tersebut.

“Bagi saya, ini adalah pengalaman indah dan saya tidak melihatnya sebagai sesuatu yang negatif.

Saya faham bahawa setiap makhluk ada hak untuk dihormati, tetapi kita sebagai manusia harus bijak dalam bertindak,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Imran berpendapat bahawa memberi susu kepada haiwan tersebut bukanlah satu kesalahan, selagi tidak melibatkan sentuhan langsung yang boleh mencetuskan isu atau fitnah.

Namun, jelasnya, dia akur dengan reaksi orang ramai dan menerima semua kritikan dengan terbuka.

BACA: Ini respon padu Erma Fatima bila Rosyam Nor cadang Fattah Amin halalkan Erma