Pemuda buat ‘content’ campak tunai RM1,000 di shopping mall. MACAM orang kaya!
Begitulah lagak seorang individu yang selamba mencampakkan duit di tempat awam.
Menerusi video yang tular di media sosial, kelihatan individu berkenaan memegang sejumlah wang kertas RM100 yang dianggarkan berjumlah RM1,000.
@ohbulanofficial Bukan macam tu cara nak bersedekah, rezeki bukan untuk dicampak-campak. #ohbulan #fyp #viral #trendingnewsmalaysia #campak #duit #rm1000 #mall ♬ original sound – Ohbulan
Berada di tingkat atas di sebuah pusat beli-belah terkemuka Kuala Lumpur, dia kemudian melemparkan kesemua wang kertas tersebut ke bawah.
Berdasarkan video berdurasi enam saat itu kelihatan para pengunjung yang sedang lalu-lalang tingkat bawah.
Bagaimanapun, tiada klip yang menunjukkan apakah reaksi pengunjung yang mungkin terkejut dengan ‘hujan duit’ di dalam premis berkenaan.
Setakat ini, video yang dimuat naik di TikTok itu meraih lebih sejuta tontonan.
Perkongsian video tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen, dengan rata-ratanya terkejut menyaksikan sejumlah wang dicampak begitu sahaja.
Selain menegur kerana dikatakan tidak beradab, mereka juga menasihatkan agar wang tersebut disumbangkan kepada mereka yang memerlukan melalui saluran yang betul.
“Jangan campak situ, baik bagi orang yang benar-benar susah… lebih baik.
“Rasa duit tak bernilai ke tu? Sedihnya.
“Lebih baik bagi dengan tangan, lebih manis.
“Ya Allah. Kita nak cari duit susah. Sedih campak duit macam ni.
“Jadilah orang yang berduit dengan adab yang baik dalam memberi rezeki,” demikian antara komen netizen.
Jadilah orang berduit dengan adab yang baik dalam memberi rezeki.
NETIZEN
Pada masa sama, tindakan ‘penyumbang’ tersebut dikritik kerana tidak melakukannya di lokasi sasaran memandangkan pusat beli-belah terkemuka itu menghimpun pelbagai jenama mewah yang dikunjungi oleh mereka yang ‘berduit’.
“You salah tempat, ni K**C. Lalu lalang tu majoriti staf yang banyak duit. Nanti dia jumpa pergi kasi dekat guard minta cari duit siapa.
“Orang yang pergi K**C orang-orang senang. Bagi yang betul-betul memerlukan,” kata yang lain.
Individu yang melemparkan wang kertas tersebut kekal misteri, dan tidak dipastikan sama ada ia sekadar content media sosial atau sebahagian daripada eksperimen sosial.
Dia bagaimanapun menjawab komen netizen selepas dilabelkan sebagai ‘orang yang tidak respek pada nilai wang’ dan dipersoalkan kenapa wang tersebut tidak didermakan kepada golongan susah atau kebajikan.
“Saya tak perlu rakam apabila saya derma kepada kebajikan,” katanya ringkas.