Dalam zaman yang semakin mencabar, ramai individu mula menjalankan perniagaan kecil-kecilan sama ada untuk menyara keluarga atau sebagai sumber pendapatan tambahan.
Namun, biarpun berskala kecil, perniagaan ini memerlukan pengurusan yang teliti dan bukannya dilakukan secara sambil lewa.
Pengasas dan pemilik restoran nasrCafè, Mohd Nassru Abdul Latiff, dalam satu hantaran di Facebook,
Beliau telah berkongsi tip asas pengurusan kewangan khusus bagi mereka yang ingin memulakan perniagaan kecil.
Tip Kewangan untuk Perniagaan Kecil
Sebagai contoh, bagi penjual burger, Mohd Nassru menekankan pentingnya mempunyai modal pusingan. Katanya:
“Katakan anda bermula dengan modal RM150. Duit ini untuk rolling dan tidak boleh digunakan untuk perkara lain.”
Beliau turut memberi panduan melalui contoh pengiraan bagi tiga hari pertama perniagaan:
Hari Pertama
Untung jualan: RM50 (Wajib disimpan dalam bank dan tidak disentuh)
Stok tambahan: Contohnya, dua paket roti dengan harga RM12.
Modal pusingan selepas pembelian: RM150 – RM12 = RM138.
Pada hari kedua, modal pusingan perlu ditambah RM12 untuk memastikan stok mencukupi.
Hari Kedua
Untung jualan: RM70.
Belian stok: RM12.
Kiraannya: RM70 – RM12 = RM58 (Simpan dalam bank).
Modal pusingan ditambah semula RM12.
Hari Ketiga
Pembelian stok meningkat: Contohnya RM98.
Modal pusingan selepas pembelian: RM150 – RM98 = RM52.
Untung jualan: RM120.
Kiraannya: RM120 – RM98 = RM22 (Simpan dalam bank).
Modal pusingan ditambah semula RM98.
Jika modal harian melebihi RM150, tiada simpanan dibuat pada hari tersebut. Prinsip ini diulang pada hari berikutnya bagi memastikan kestabilan modal.
Nasihat Tambahan untuk Usahawan
Mohd Nassru turut menegaskan pentingnya disiplin dalam menjalankan perniagaan:
Operasi konsisten: Tetapkan hari operasi tetap supaya pelanggan tahu.
Pengurusan hasil: Simpan keuntungan pada hari jualan tinggi, dan susun strategi pada hari jualan rendah.
Pembelajaran: Usahawan perlu menguasai pemasaran media sosial, teknik iklan, pendaftaran dengan Google, serta penggunaan aplikasi jualan.
“Bisnes mesti berjalan sehingga pemilik perniagaan dapat menikmati hasilnya dengan tenang,” tambahnya.
Dengan menguasai pengurusan kewangan dan disiplin perniagaan, perniagaan kecil mampu berkembang menjadi lebih kukuh dan berjaya.
BACA: Mula-mula kucing, kali ini anjing pula jadi mangsa pembunuhan bersiri di UM, manusia je belum lagi