Seorang pemuda berkongsi pengalaman enam harinya melancong ke Hong Kong dan menceritakan kenapa dia lebih bersyukur menjadi rakyat Malaysia.
Dalam satu perkongsian di akaun @TheFuturizts, lelaki itu berkata dia baru menyedari bahawa kos menyewa
Di negara itu lebih mahal walaupun hanya sebuah apartmen kecil dengan saiz kurang 400 kaki persegi.
Untuk pengetahuan, Hong Kong merupakan sebuah bandar dengan jurang yang ketara antara orang kaya dan golongan yang terlampau miskin.
Untuk apartmen kecil yang lokasinya bukanlah di tengah bandar, harga sewa dikenakan adalah sekitar RM11,071 sehingga RM16,607 (HK$20,000 hingga HK$30,000) sebulan.
Dia baru mengetahui hal itu ketika bertemu rakannya yang merupakan rakyat Hong Kong ketika sedang makan di sebuah restoran mewah baru-baru ini.
Selain itu, pemuda berkenaan turut mendedahkan anggaran harga satu hidangan seperti beef noodle, roasted goose rice dan sebagainya adalah berjumlah RM30 hingga RM50 (HK$60 ke HK$80).
Bagi mereka yang mahu makan di kafe, kosnya boleh mencecah RM250 (HK$450) untuk sepinggan pasta, satu pencuci mulut dan dua cawan air.
Bagi kadar bayaran gaji pula, gaji median di negara itu dianggarkan sekitar RM16,200 (HK$29,715) pada suku tahun pertama.
Dengan kos sewa rumah yang mahal, ia sememangnya agak sukar untuk membolehkan graduan yang mahu membayar sewa rumah dengan gaji mereka.
“Hong Kong membuatkan saya rasa bertuah menjadi rakyat Malaysia.
“Walaupun harga sewa dan rumah di sini mahal, ia tidak semahal Hong Kong. Makanan di Malaysia juga sebenarnya jauh lebih murah. Sudah tentu, kita mempunyai banyak isu sistemik yang perlu ditangani.
“Tetapi kita harus mengambil sedikit masa untuk menghargai di mana kita berpijak, dan berusaha lebih baik untuk bergerak ke hadapan,” katanya lagi.
Baca juga: Terlebih kaya pun tetap tak boleh beli, 6 selebriti ini diharamkan beli kereta Bugatti