Pemuda ini tempah Hotel OYO siap full payment tapi hotel tutup dan tiada penghuni sekali ini pula yang jadi.
Terbaharu, seorang pengguna Twitter @iraesmee telah berkongsi pengalaman buruknya dengan sebuah hotel dipercayai di Nilai dan dia membuat tempahan hotel OYO itu di aplikasi Traveloka.
Menerusi perkongsiannya, dia terkejut apabila tiba di sana, hotel tersebut tutup dan berkunci seolah-olah sudah lama tidak beroperasi.
Dia memilih hotel tersebut kerana mahu berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanannya.
Susulan itu, dia telah menghubungi pihak perkhidmatan pelanggan dan terpaksa menunggu untuk tindakan lanjut. Kemudian, dia mengambil keputusan untuk mencari hotel lain dan terkilan berdepan situasi seperti itu dan difahamkan dia telah mendapat refund.
Perkongsiannya itu turut mendapat perhatian orang ramai dan rata-rata netizen bersimpati dengan nasibnya yang kena scam dengan pengendali hotel itu. Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang mengatakan pernah berdepan masalah sama apabila membuat tempahan hotel rangkaian OYO.
Saya sekarang baru saja check in hotel lain. Terdesak sangat. Ingat nak tidur dalam kereta je tadi tapi rasa tak selamat. Bayar tunai RM100 kat kaunter. Bila masuk bilik, bilik busuk, bau asap rokok, tandas berdaki, tombol pintu longgar, pintu tandas longgar, cadar kurang bersih.
— Raes (@iRaesmee) March 17, 2023
Alhamdulillah. Selepas failkan laporan kepada pihak Traveloka, saya dapat semula duit bayaran untuk hotel tersebut. Proses akan mengambil 2-5 hari bekerja. pic.twitter.com/VUzIgjV9Bc
— Raes (@iRaesmee) March 18, 2023
Malah, segelintir netizen yang pernah menempah hotel OYO juga mengatakan harga dibayar tidak setimpal dengan servis dan bilik diberi. Ada juga netizen menasihati mereka yang pernah ‘terkena’ dan mengalami perkara sama bolehlah membuat aduan kepada MOTAC.
BACA:
“Harta tu semua mak bapak kau punya! Bukan kau punya!” Puteri Sarah lepas geram terhadap Syamsul?