Pemuda PH Perak fokus agenda reformasi, persiap jentera pilihanraya

Pemuda PH Perak fokus agenda reformasi, persiap jentera pilihanraya

Pemuda Pakatan Harapan (PH) Perak dalam pertemuan petang ini mencapai kata sepakat untuk mengembalikan fokus Pemuda PH terhadap agenda reformasi di setiap peringkat.

Pemuda PH Perak juga menyeru seluruh ahli dan penyokong agar menghentikan serangan yang boleh memberi kesan tidak baik terhadap hubungan baik anggota parti PH.

Dalam pada itu, Pemuda PH Perak juga bertekad untuk memperkukuh hubungan sesama parti dalam PH bagi membentuk kesepakatan bersama dalam menghadapi sebarang isu yang berbangkit.

Berdasarkan perkembangan politik mutakhir ini, gerak kerja dan persiapan Pemuda PH Perak juga akan difokuskan kepada persiapan Jentera Pilihan Raya dalam menghadapi sebarang kemungkinan.

KHAIROL NAJIB HASHIM
Ketua Pemuda AMANAH Negeri Perak

CHAW KAM FOON
Ketua Pemuda DAP (DAPSY) Negeri Perak

MOHAMAD HAIRUL AMIR SABRI
Ketua Angkatan Muda KeAdilan (AMK) Negeri Perak

23 JUN 2020