Pemuda terkedu juruwang ‘aunty’ Cina boleh baca isi hatinya

Oleh SULAIMAN ABD RAHMAN

Melalui satu hantaran di media sosial, seorang pemuda berkongsi pengalaman mengejutkan apabila mendapat teguran daripada seorang wanita lanjut usia berbangsa Cina.

Menurut pemuda itu, kejadian tersebut berlaku ketika dia sedang membayar kos penyelenggaraan keretanya.

Ketika itu, dia berurusan dengan seorang wanita yang bertugas sebagai juruwang, dan wanita itu tiba-tiba berkata kepadanya, “Awak mesti orang yang banyak sabar.”

Pemuda tersebut terkejut dan bertanya kenapa wanita itu berkata begitu.

Wanita itu menjawab, “Saya boleh tahu, awak banyak senyum, tapi ketika senyum itu, awak sebenarnya banyak bersabar dengan hidup.”

Pemuda terkedu juruwang ‘aunty’ Cina boleh baca isi hatinya

Pemuda itu hanya mengangguk sambil terdiam, lalu mengucapkan terima kasih selepas menyelesaikan pembayaran. Walaupun dia tidak tahu mengapa wanita itu berkata demikian, dia sangat menghargai kata-kata tersebut.

Pemuda itu turut mengakui bahawa memang banyak perkara yang sedang berlaku dalam hidupnya ketika itu, dan dia merasakan teguran tersebut sangat bermakna.

Di ruangan komen, ramai warga maya turut berkongsi pengalaman serupa. Ada yang menyatakan orang tua sering kali dapat “membaca” seseorang hanya dengan melihat wajah mereka.

“Saya percaya orang tua banyak pengalaman hidup. Seperti nenek saya, dia selalu duduk diam dan memerhati.

Tetapi apabila dia berbicara, nasihatnya sering kali tepat dan menyentuh hati,” kata seorang pengguna.

Ada juga yang berpendapat bahawa wanita tersebut mungkin telah lama terlibat dalam perniagaan, sehingga mudah untuk “membaca” ekspresi wajah orang lain.

“Orang tua boleh tahu jika seseorang itu mudah ditipu atau jujur hanya dengan melihat wajah mereka. Tak perlu kenal lama pun,” tambah seorang lagi pengguna.

Seorang pengguna berkongsi pengalamannya, “Pernah sekali, seorang aunty cakap kawan saya muka orang yang senang kena tipu. Tak lama lepas tu, kawan saya terjebak dengan pelbagai jenis penipuan. Tepat sekali ramalan aunty itu.”

BACA: Mula-mula kucing, kali ini anjing pula jadi mangsa pembunuhan bersiri di UM, manusia je belum lagi