Pemuda UMNO jangan fitnah, rumah tamu tak pernah diubahsuai – Adly

Pemuda UMNO jangan fitnah, rumah tamu tak pernah diubahsuai – Adly

Ada fitnah dari FB pergerakan pemuda UMNO Bahagian Kota Melaka tentang ubahsuai rumah tamu.

Untuk makluman, saya tidak pernah mengubahsuai rumah tamu yang saya duduki. Yang ada hanyalah kos penyelenggaraan, dan kalau mengikut rekod saya adalah RM18ribu pada tahun 2019.

Saya tiada masalah dikritik, tapi janganlah menabur fitnah. Bil elektrik rumah tamu hanya sekitar RM2000 sebulan berbanding RM37,000 di Seri Bendahara. Untuk penjimatan air, sudah menjadi kebiasaan, saya mandi dalam baldi warna biru.

Sumber: