“Penat dengan mertua semua benda kena buat, rumah kecik langsung tak selesa tapi “

Oleh ISMAIL YAHYA

Ramai yang mendakwa dalam satu rumah hanya boleh ada 1 permaisuri sahaja.

Itu kenyataan yang sering dibahaskan andai menantu mahu duduk bersama keluarga suami

kerana ia sedikit sebanyak bakal menjejaskan hubungan kekeluargaan andai tidak dibendung dengan baik.

Wanita ini mendakwa keluarga suaminya mempunyai sifat yang tidak elok dan dia juga

Tidak tahan dengan situasi tersebut namun terpaksa menahan kerana kekangan wang.

“Penat dengan mertua semua benda kena buat, rumah kecik langsung tak selesa tapi "

Salam min.. Tolong hide profile saya. Cuma nak minta pendapat. Saya baru kahwin setahun, alhamdulillah hubungan saya dengan suami ok je. Tapi ada satu benda yang saya nak luah, tak tau nak luah kat siapa.

Sekarang ni tinggal di rumah sewa dengan keluarga suami, dengan mak bapak mertua, dan ipar. Ipar ni pulak ada anak – anak yang ramai.

Saya baru ade sorang anak, baby baru nak masuk 2 bulan. Macam ni min, sejujurnya saya tak selesa tinggal dengan keluarga suami ni.

Yang pertama, of kos sebab ipar anak ramai, rumah riuh, macam-macam per4ngai yang saya tak tahan nak tengok. Bila saya tegur lembut – lembut, tak diendahkan. Pinggan bersepah, dapur sepah, kain – kain kat ruang tamu bersepah, bilik air tak yah cakap la ye, saya dengan suami sahaja yang selalu bersihkan tandas, kalau kitorang tak bersihkan sampai berlumut lah bilik air tu.

Untuk pengetetahuan, ipar (abang suami) yang duduk sekali ni dengan isterinya dah berpisah entah sejak bila dan apa sebab pun saya tak tahu, jadi anak – anak duduk dengan ipar sebab ramai masih sekolah. 2nd, saya tak tahu macam mana cara didikan ipar dengan anak – anaknya.

Sebab nampak sangat semuanya takda adab langsung dan tak tahu nak urus diri masing-masing. Anak sulung ipar dah umur 15 tahun, yang paling kecil kat rumah dah 10 tahun. Pernah masa tengah saya sarat mengandung, mak mertua balik kampung selama 1 bulan ada urusan katanya.

Di rumah tu saya lah yang masak, yang mengemas, yang bersihkan ini itu. Sedangkan saya pun kerja.. Sepanjang saya 3rd trimester saya ambil kerja separuh hari je sebab sangat cepat penat. Balik je rumah, saya masak, menyapu, bersihkan dapur dengan segala tulang ikan berselerak kat lantai bekas beri makan kucing, pinggan bertimbun tak basuh.

Anak-anak ipar yang dah remaja tu (perempuan) langsung tak tahu kerja – kerja dapur, sampai nak mintak tolong masakkan nasi pun cakap dia tak tahu. Dalam hati, (kitorang dulu darjah 3 dah pandai dah masak – masak kat dapur, ini dah anak d4ra 15 tahun oi, sepatah h4ram tak tahu kerja dekat rumah).

Balik dari sekolah semua anak – anak ipar main telefon memanjang. Untuk pengetahuan, suami saya kerja office hour, macam biasa la balik petang, tu pun nak redah jem, dah lewat sampai rumah. Saya pernah dah 2 kali berbincang dengan suami, kalau boleh nak cuba cari rumah sendiri, sewa pun takpe, kecik pun takpe.

Janji boleh hidup masing-masing, sebenarnya saya tak tahan nak layan keranah terutamanya anak-anak ipar. Pernah saya masak, lepas tu saya pegi lah mandi, tup – tup bila nak makan dengan suami, habis dah lauk. Tak tinggalkan langsung untuk kami.

Sedihnya, masa tu saya mengandung dan saya lapar sangat sebab penat dah balik kerja dan buat kerja rumah pulak. Saya masuk bilik dan nangis. Dah la saya penat, saya lapar, nak makan tup – tup dah habis. Banyak la benda yang saya diamkan dan makan hati dengan orang – orang sekitar.

Pasal cakap dengan suami yang nak pindah tu suami cakap, “kesian mak, orang tua kita ni dah m4kin tua, dah s4kit – s4kit” saya faham maksud suami ni dia nak jaga mak dia. Saya tak halang pun kalau nak bawak mak skali pindah.

Tapi nak bawak mak sekali pun tak boleh juga sebab ipar (abang suami) minta mak yang jaga anak – anak dia. Saya kesiankan suami saya juga, sebab terbeban dengan bayar sewa rumah yang sekarang, dah tu air dan elektrik pun suami yang bayar.

Terk3jut saya dengan bill eletrik hari tu melambung, nak ratus – ratus sebab anak – anak ipar tu 24 jam bukak aircond. Takde orang kat ruang tamu pun on jugak aircond. Bila mereka buka pintu bilik, dah macam freezer dah dekat dalam tu.

Belum lagi bila anak – anak ipar berg4duh adik beradik, Allahu, bisingnya jerit – jerit. Saya yang dalam bilik pun boleh dengar. Nak rehat pun susah. Bila ada baby lagi la susah, anak – anak ipar asyik bising. Baru nak tidurkan baby dah terk3jut.

Pernah beberapa kali anak ipar yang sulung tu jerkah saya bagi terperanjat masa saya tengah sarat mengandung 9 bulan dan tengah memasak.. Haa satu lagi yang saya sangat tak selesa. Anak-anak ipar ni kalau nak masuk bilik kitorang main bukak je pintu tak ketuk ke ape.

Lepas tu suka duduk kat dalam bilik kitorang, masuk je mata tengok sekeliling apa barang yang ade dekat dalam. Haa 1 hal lagi, barang mandi kita pun dikebas.. Pernah saya beli shampoo rambut, baru 2 kali pakai dah habis.

Apa taknya anak – anak ipar ada yang join sekali menumpang barang mandian, sedangkan ade je barang mandian mereka sendiri. Tak tahu dah nak macam mna. Tapi saya dah siap – siap cakap dengan suami, kalau boleh sebelum baby bsar, kita dah kena pindah rumah.

Sebenarnya saya tak nak nanti anak – anak saya akan terikut – ikut per4ngai anak – anak ipar ni. Saya nak ada rumah di mana saya berhak tentukan cara parenting yang betul kat anak saya. Biar la saya tegas dengan anak saya, supaya jadi anak yang beradab.

Banyak lagi sebenarnya yang dipendam tapi takpe. Serba sedikit cerita ni pun dah boleh bagi bayangan kat orang-orang macam mana seseorang isteri tertekan nak hadap bila duduk sebumbung dengan keluarga mertua belah suami.

Ramai je isteri – isteri yang makan hati sebenarnya, tapi dok diam tak nak kecikkan hati suami. Sebab tu sebenarnya lebih baik tinggal asing dengan mertua dan ipar duai. Lebih banyak kebaikan dari pada keburukan. Satu lagi bab aurat.

Ipar lelaki tu bukan mahram kita ye, masa buat kerja kerja rumah, semua mesti kena pakai baju yang menutup aurat. Kan payah tu kalau dah buat kerje rumah, berpeluh – peluh, pakai pulak baju panjang lengan, seluar panjang, kena pakai tudung pulak dalam rumah. Alahaiii letih la..

Tolong doakan ye semoga Allah bukakan fikiran dan hati suami saya agar terbuka hati nak pindah rumah untuk kebaikan kami. Serta semoga dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan rezeki saya dan suami supaya dapat memiliki rumah sendiri nanti.

Baca juga: Kredibiliti jurulatih baharu Man Utd dipertikai, ini latar belakang Ruben Amorim