Penduduk di Jakarta terkejut mayat berdiri dalam longkang rupanya ini yang terjadi

Oleh GEMILANGDAILY

Penduduk di Jakarta terkejut mayat berdiri dalam longkang rupanya ini yang terjadi.

Satu mayat ditemui dalam keadaan berdiri dekat Pusat Rekreasi dan Promosi Pembangunan (PRPP) di Indonesia,

sehingga mencetuskan kegemparan, lapor laman berita Detik Jateng hari ini.

Penduduk di Jakarta terkejut mayat berdiri dalam longkang rupanya ini yang terjadi

Polis mengesahkan identiti mayat itu sebagai Roffi Teguh Prakhoso, 27, yang berasal dari Semarang Utara. Dia merupakan mangsa dua kes berlainan Sabtu lalu yang melibatkan tujuh orang dengan suspek sudah ditangkap.

Menerusi gambar yang diperoleh Detik Jateng, mayat Roffi dilihat berdiri dalam posisi menunduk manakala bahagian bahu hingga ke bawah badannya berada di dalam air longkang.

Berdasarkan keterangan seorang pegawai polis tempatan, Irwan Anwar, mangsa pada awalnya dicederakan menggunakan peralatan tajam yang ditusuk ke perut dan dada selain dia turut dipukul.

Namun, mangsa ketika itu dipercayai masih menunggang motosikal sehingga tiba di PRPP, di mana dia berhenti dan turun sebelum terbaring.

Tiga telefon bimbitnya kemudian dilarikan suspek lain ketika mangsa masih hidup.

Dia juga dipercayai berusaha untuk bergerak, namun terjatuh ke dalam longkang yang sempit sehingga ditemukan dalam keadaan mati berdiri pada malam minggu lalu

BACA: Nasib tak tertelan! Seorang pelanggan temui duit syiling dalam murtabak yang dibelinya

Ingatkan kain buruk tadi, nasib baik bibik tak tabur sabun lagi, rupanya ada identiti tengah berkubang