Seorang wanita berusia 20 tahun berkongsi pengalaman ngerinya ketika menaiki sebuah bas dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru baru-baru ini.
Menurut wanita itu yang memuat naik pengalamannya di aplikasi Xiaohongshu, dia cuba untuk mengambil barangnya di tempat simpanan beg di bahagian bawah bas namun terperosok terlalu dalam.
Kejadian ini hampir serupa dengan kes seorang pelajar wanita yang terperangkap dan kaki terjulur keluar sehingga terseret beberapa kilometer sebelum ini.
Pintu tiba-tiba tertutup dan membuatkannya cemas…
Dalam keadaan hujan lebat, dia yang pada ketika itu berada dalam tempat simpanan beg mula berasa cemas apabila pintu itu tiba-tiba sahaja tertutup rapat tanpa amaran.
Dia pada mulanya tidak tahu apa yang patut dilakukan dan teringat akan mesej yang dihantar operator bas di aplikasi WhatsApp sebelum itu.
Wanita itu kemudian mula berasa sedikit pening dan risau jika kekurangan oksigen di bahagian simpanan beg itu membuatkan dia pengsan dan keadaan bertambah sukar.
Setelah menghubungi operator bas itu untuk mendapatkan bantuan, dia akhirnya dapat keluar setelah 15 minit terperangkap.
Pemandu bas tutup pintu kerana tidak menyangka ada orang dalam…
Tambah wanita itu lagi, pemandu bas berkenaan tidak memohon maaf sebaliknya hanya tersenyum dan memaklumkan dia menutup pintu ‘compartment’ itu kerana menyangka tiada sesiapa yang sedang mengambil beg pada waktu kejadian.
Syarikat bas kemudian dilihat memohon maaf di atas kejadian dan memaklumkan sudah mengambil tindakan terhadap pemandu bas berkenaan.
BACA: “Kalaulah bini aku tu, talak 3 aku bagi, sibuk nak shopping sampai anak pun tak jaga”