‘Pengamal perubatan’ terkenal di Kelantan ditangkap merogol bakal pengantin

Oleh SHUHADA BUSTAMAN

‘Pengamal perubatan’ terkenal di Kelantan ditangkap merogol bakal pengantin. Seorang bomoh didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini,

atas tuduhan merogol seorang wanita berusia 23 tahun, 14Oktober lalu.

Bagaimanapun tertuduh, Jusoh Jaafar, 67, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah Sesyen, Rozaidi Yaacob.

'Pengamal perubatan' terkenal di Kelantan ditangkap merogol bakal pengantin

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol seorang wanita yang berusia 23 tahun yang mana kerelaannya didapati dengan menggunakan kedudukan sebagai pengamal perubatan.

Perbuatan itu dilakukan di bilik sebuah rumah di Kampung Perangkap, Bunut Susu di sini, jam 3 petang, pada 14 Oktober lalu.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 376 (2) (f) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 376 (2) Kanun yang sama. Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara minimum 10 tahun dan maksimum 30 tahun dan sebatan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Hajarul Falenna Abu Bakar dan tertuduh diwakili peguam bela, Nur Fatin Syahirah Abu Hasan.

Mahkamah menetapkan esok sebagai sebutan semula kes di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen.

Media sebelum ini melaporkan, bakal pengantin yang dikatakan mengalami gangguan makhluk halus mendakwa dirogol seorang bomoh di Tendong di sini, ketika mendapatkan rawatan Khamis minggu lalu.

BACA”

Rupanya Amy Search pernah kahwin sampai 3 kali, ini senarai bekas isterinya yang ramai tak tahu

“Dalam Islam kemiskinan tidak dapat dihapuskan”, maknanya tak perlu bantu orang miskin menurut ahli parlimen Pas?