Pengantin dedah penipuan besar jurugambarnya, siap tunjuk bukti

Pengantin dedah penipuan besar jurugambarnya siap tunjuk bukti

Pengantin dedah penipuan besar jurugambarnya, siap tunjuk bukti. Seorang pengantin wanita meluahkan rasa terkilan apabila masih belum menerima sebarang gambar dan video akad nikah daripada seorang jurugambar yang didakwa telah menipunya sejak beberapa bulan lepas.

Menurut perkongsian yang dimuatnaik menerusi akaun Twitter miliknya, @shvnim atau Hanim, dia berkata, jurugambar berkenaan kerap menunda-nunda tarikh daripada suatu tarikh ke tarikh yang lain, namun hasil masih juga tidak kelihatan.

“Kepada bakal pengantin, silalah membuat pilihan yang bijak agar tidak menyesal di kemudian hari kerana sesungguhnya saya sangat menyesal memilih jurugambar seperti ini yang sudah hampir tiga bulan tetapi masih belum mendapat hasilnya,” pesannya menerusi ruangan kapsyen hantaran tersebut.

Susulan itu, seorang pengguna media sosial berkenaan yang bernama Zane berkata,
jurugambar yang dikenali dengan nama Iskandar Sharizal itu pernah memiliki kes yang sama sebelum ini.

Pengantin dedah penipuan besar jurugambarnya siap tunjuk bukti

“Hanya cari nombor telefonnya menerusi enjin carian google, maka akan jumpa kes sama
sebelumnya,” katanya yang berkongsi satu gambar tangkap layar hantaran seorang mangsa yang juga pernah ditipu.

Dalam pada itu, hantaran tersebut berjaya meraih pelbagai reaksi daripada para netizen di Twitter.

“Sangatlah menyakitkan jika tersalah memilih jurugambar. Bayaran mahal tetapi servis teruk dan itu belum termasuk kualiti gambar yang ditangkap. Indah khabar daripada rupa,” ciap
seorang pengguna.

“Kita mengalami situasi yang sama. Pelbagai alasan yang diterima dan bayaran juga dibayar penuh tetapi hasilnya tiada. Pada akhirnya, saya meminta bayaran dikembalikan,” ciap
netizen lain pula.

Sehubungan itu, dia sempat memberikan saranan untuk mencari jurugambar yang selalu mengemaskini hantaran di Instagramnya atau yang benar-benar dikenali ramai.

“Tidak mengapa jika perlu membayar lebih kerana majlis perkhawinan adalah sekali seumur hidup,” ciapnya.

Hantaran tersebut berjaya meraih sebanyak 2,758 ciapan semula dan 2,050 tanda suka setakat
ini.

BACA:

Tular audio mirip pemimpin Pas kata kerajaan akan bertukar, akhirnya Nik Zawawi bersuara

PRU Rompin: Mat Sabu kongsi perasaan pertama kali ceramah atas pentas BN

Sumber dedah 25 jemaah menteri dalam kabinet Anwar

CATEGORIES