Pengantin lelaki beri ikan laga sebagai mas kahwin kepada isteri undang perhatian netizen.
Sepasang pengantin di Bekasi mencipta kelainan apabila memberi mas kahwin berupa ikan laga.
Lapor Detik.com, Kisah pasangan pengantin itu menjadi tular selepas gambar dan video pernikahan mereka tersebar dalam media sosial.
Dalam video tersebut, terdengar wali nikah menyebut mas kahwin yang diberikan kepada pengantin perempuan adalah sepasang ikan laga, selain barang kemas dan sedikit wang tunai.
“Wahai saudara Rizki Muhammad bin Bambang, saya nikahkan dan kahwinkan engkau dengan anak kandung saya, dengan mas kahwin berupa barang kemas, wang tunai dan sepasang ikan laga,” ujar bapa pengantin perempuan ketika menikahkan anaknya.
Video berdurasi selama 35 saat itu sudah ditonton lebih 13.3 ribu kali dan memperoleh 866 komen di Instagram.
Video tersebut mendapat reaksi pelbagai dari pengguna media sosial, ada yang memuji, ada yang mengecam malah ada yang menganggap pemberian ikan laga sebagai mas kahwin adalah perkara lucu.
Sementara itu, pasangan pengantin tersebut menyatakan mereka tidak kisah dengan tanggapan masyarakat dan berharap perkahwinan mereka kekal bahagia.
BACA:
Singapura tiba-tiba berhenti cetak wang kertas SGD1,000, rupanya ini cerita sebenar ramai nak tahu