Pengantin maut dua hari selepas majlis, 100 tetamu pula dijangkiti penyakit ini

Oleh ISMAIL YAHYA

Dua hari lalu, seorang pengantin lelaki berusia 26 tahun meninggal dunia akibat penyakit yang tidak dapat dielakkan, hanya selepas dua hari melangsungkan perkahwinan.

Lebih menyedihkan, hampir 100 orang tetamu yang hadir di majlis perkahwinan dan pengebumiannya juga dijangkiti virus koronavirus.

Menurut CNN, kejadian tragis ini berlaku di timur India, di Paliganj, Bihar, dan telah disahkan oleh Ketua Pegawai Perubatan di Patna, Kishore Chaudhary K.

Akibatnya, seramai 400 orang tetamu yang menghadiri majlis tersebut kini perlu menjalani ujian Covid-19.

Pengantin lelaki itu dilaporkan mengalami simptom-simptom sebelum majlis perkahwinannya.

Pengantin maut dua hari selepas majlis, 100 tetamu pula dijangkiti penyakit ini

Keadaannya semakin teruk selepas itu, dan keluarganya membawanya mendapatkan rawatan.

Namun, pihak keluarga tidak memberitahu pihak berkuasa setempat mengenai gejala tersebut dan tidak menjalani saringan koronavirus.

“Pihak keluarganya tidak memberitahu sesiapa pun mengenai keadaannya yang semakin teruk,” kata Pegawai Daerah di Paliganj, Surendra Kumar.

Keadaan pengantin lelaki tersebut semakin serius selepas majlis perkahwinan, dan keluarganya cuba membawanya ke hospital. Namun, dia meninggal dunia ketika dalam perjalanan

BACA: “Bila tak dapat duit, anak jadi mangsa suami, patutlah dia tuduh aku ada jangan lain siap ugut sampai bila-bila dia takkan ceraikan aku”